ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 12/06/2018

Sambutan Kepulangan Juara Dunia Pertandingan FameLab Antarabangsa 2018

Dengan segala hormatnya dijemput pihak media ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Rabu, 13 Jun 2018 bagi menyambut kepulangan Juara Dunia FameLab International 2018, Dr. Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan FameLab International 2018 baru-baru ini.

Butiran adalah seperti di bawah:

Hari/Tarikh : Rabu 13 Jun 2018

Masa : 5.20 petang - 6.30 petang

Tempat : Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA

Program

5.15 petang : Ketibaan media

5.50 petang : Ketibaan Juara Dunia FameLab International 2018, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah

6.00 petang : Sidang Media

6.30 petang : Tamat

Pertandingan berprestij ini telah berlangsung pada 7 Jun lalu bersempena dengan Pesta Sains Cheltenham dan seramai 11 finalis dari pelbagai negara seperti Australia, Itali,Ireland, Qatar, Korea dan Portugal yang telah menyampaikan pembentangan masing-masing. Dr. Siti Kayriyyah telah berjaya menawan hati panel juri dengan pembentangan beliau yang bertajuk penggunaan pasangan antibody-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Dr. Siti Kayriyyah merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia dan kemenangan beliau menyaksikan Malaysia sudah menjuarai pertandingan FameLab International sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) ialah sebuah Syarikat Berhad Dengan Jaminan dan bukan berasaskan keuntungan, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. MIGHT memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan mapan perniagaan berasaskan teknologi tinggi di negara ini menerusi peranannya sebagai badan pemikir, mempromosi kerjasama sektor awam-swasta serta sebagai platform untuk membangunkan perniagaan kepada usahawan-usahawan di Malaysia. MIGHT adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan menerusi kekuatan kerjasama antara sektor awam dan swasta dengan keahlian daripada dari dalam dan luar negara dari pelbagai bidang, termasuk akademik, kerajaan dan industri.
(www.might.org.my)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Rahana MD
Tel : 012 2813848

Nama : Fatin Asmida Asman
Kumpulan Komunikasi MIGHT
Tel : 012 549 6504
Emel : asmida@might.org.my
MIGHT's Official Website: www.might.org.my
MIGHT's Official Twitter Page: www.twitter.com/mightmalaysia
MIGHT's Official Facebook Page: www.facebook.com/mightmalaysia



-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.