Disember 08, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 03/10/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEMATUHAN STANDARD MS 692 BATIK MALAYSIA

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan Standard MS 692 Batik Malaysia sempena Sesi Janji Temu Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Usahawan Kraf Batik Negeri Kelantan dan Terengganu sepertimana butiran berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 4 Oktober 2018

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, KM 10, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan

Oleh : Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia


Untuk makluman, Penyampaian Sijil Pematuhan Standard MS 692 Batik Malaysia ini diberikan kepada usahawan kraf yang telah melepasi ujian sampel kain batik di Makmal Standard Batik Kraftangan Malaysia di Kelantan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my

Nama: Cik Fazlin
Tel: 012-664 1734

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.