|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 12/10/2018
MAJLIS PELANCARAN PUSAT SEHENTI KEUSAHAWANAN & MYPERINTIS-REVBIZ TALK
Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia akan melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) yang berkonsepkan pusat fizikal sebagai platform bagi menyebarkan maklumat mengenai usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). PSK ini yang merupakan pusat rujukan setempat berperanan sebagai pusat penyimpanan data, mengumpul maklumbalas serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan. Bertempat di Hab PKS yang terletak di ibu pejabat SME Corp. Malaysia di Platinum Sentral, Kuala Lumpur sebagai lokasi, PSK menempatkan agensi-agensi lain di bawah MED seperti SME Corp. Malaysia, SME Bank, PUNB, TEKUN Nasional, Bank Rakyat, INSKEN, UDA Holdings, Maktab Koperasi Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Serentak dengan Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawanan ini, seminar MyPerintis-RevBiz Talk (Revolutionizing and Reinventing Business Processes for Tomorrow's Challenges) akan turut diadakan. SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis) dalam menganjurkan RevBiz Talk di seluruh negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai bagaimana konsep dan teknologi moden memberi impak kepada entiti perniagaan masa kini. Pusat Sehenti Keusahawanan dan seminar MyPerintis-RevBiz Talk ini dijadualkan untuk dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Keusahawanan.
Majlis ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 15 Oktober 2018
Masa : 2:00 petang - 5:00 petang
Tempat : Dewan Mahkota, Aras 5, Blok B, SME Corp.
Malaysia
Tetamu Kehormat : YB Tuan Haji Mohd Redzuan bin Md. Yusof
Menteri Pembangunan Usahawan
Program
2:00 petang : Ketibaan tetamu jemputan
2:30 petang : Ketibaan YB Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Pembangunan Usahawan (MED)
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Y.Bhg Dato' Lawrence Low Presiden Pengasas MyPerintis
: Ucapan oleh YB Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Pembangunan Usahawan (MED)
(YB Menteri dan para jemputan akan bergerak ke Hab PKS, Aras 4, Blok B, SME Corp. Malaysia)
3:10 petang : Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawanan oleh
YB Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan
: Sidang Media
: Jamuan Ringan
: Sesi Tamat
*Seminar MyPerintis - RevBiz Talk akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut dan seterusnya hadir ke Sidang Media yang akan diadakan selepas selesai Majlis Pelancaran ini.
Sumber : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nor Azian Md Yusof
Tel : 03-2775 6174
Emel : azian@smecorp.gov.my
Nama : Cik Amy Sarah Ahmad Fuad
Tel : 03-2775 6352
Emel : amysarah@smecorp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|