|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/10/2018
JEMPUTAN LAWATAN BERSAMA MEDIA KE PROMOSI KRAF MALAYSIA DI MESRA MALL, KEMAMAN TERENGGANU
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan Program Lawatan Bersama Media ke Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu sepertimana butiran berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 25 Oktober 2018
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Center Court, Pusat Beli Belah Mesra Mall
Kemaman, Terengganu
Bersama : Encik Abdul Manan bin Ismail
Pengarah
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Promosi Kraf Malaysia 2018 ini merupakan penganjuran kali ke-8 diadakan bermula dari tahun 2012. Justeru itu, sukacita Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir ke Program Lawatan Bersama Media sempena Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu seperti tarikh dan masa di atas.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my
Nama : Encik Nizam
Tel : 012-938 4981
-BERNAMA |
|
|
|
|
|