|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 24/10/2018
JEMPUTAN LAWATAN BERSAMA MEDIA KE PROMOSI FESTIVAL KRAF SARAWAK 2018
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak akan mengadakan Program Lawatan Bersama Media ke Festival Kraf Sarawak di Kuching Waterfront seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 26 Oktober 2018
Masa: 3.00 petang
Tempat: Kuching Waterfront
Bersama: Encik Azran bin Arip
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Festival Kraf Sarawak 2018 diadakan bertujuan untuk menggalak serta memberi peluang kepada usahawan kraf tempatan memasarkan produk keluaran mereka di pusat tumpuan pengunjung. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat Malaysia memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan bersama media tersebut.
Sumber: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my
Nama: Puan Gracy
Tel: 019-886 7769
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|