Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 24/10/2018

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama QSR Brands (M) Holding Berhad akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bersempena Pesta Lelong Buku Putrajaya 2018 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 27 Oktober 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Ruang Legar, Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya

Program

9.30 pagi : Pendaftaran peserta

10.00 pagi : Taklimat pertandingan

: Pertandingan mewarna - bermula

11.00 pagi : Pertandingan mewarna - tamat

11.05 pagi : Sesi Amalan Halal bersama QSR

: Majlis penyampaian hadiah

: Sesi Bergambar

12.00 tghari : Bersurai


Pengenalan.:

Pertandingan mewarna ini merupakan salah satu aktiviti turun padang yang dilaksanakan IKIM dalam usaha untuk mendekatkan masyarakat termasuk kanak-kanak kepada IKIM yang menggalas gagasan, "Memahami Islam Membina Peradaban",

Pertandingan mewarna ini terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah. Hasil yang terbaik akan dipilih oleh juri yang dilantik. Anggaran penyertaan adalah seramai 100 orang.

Dua orang selebriti/DJ IKIMfm dan Maskot Chicky turut dijemput untuk bersama-sama dengan peserta memeriahkan lagi aktiviti di pentas.

Objektif.:

i. Memupuk minat kanak-kanak mengenali IKIM;

ii. Meningkatkan daya kreatif dan inovasi kanak-kanak;

iii. Mewujudkan proses pembangunan sahsiah dan peribadi yang mantap;

iv. Memupuk semangat muhibbah, setiakawan, bekerjasama dan bertolak ansur kepada kanak-kanak dan ibubapa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pertandingan tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.