Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 29/10/2018

MAJLIS PELANCARAN ZAKAT2U.COM.MY VERSI 4.0

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Pelancaran zakat2u.com.my versi terkini 4.0

Objektif utama pelancaran ini adalah sebagai satu hebahan kepada masyarakat umum terutamanya di Wilayah Persekutuan tentang kemudahan membuat pembayaran secara 'troli zakat' dan lain-lain lagi kaedah baru melalui zakat2u.com.my (Versi 4.0).

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Justeru, kami dengan sukacitanya ingin menjemput wakil-wakil media bagi membuat pelancaran tersebut. Berikut adalah butirannya:

Hari/Tarikh : Jumaat 2 November 2018

Masa : 10.15 pagi

Tempat : Dewan Al-Qardhawi, Tingkat 7, Wisma PPZ 68-1-6,
Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Norazlina Nordin
Tel : 019 728 3839

Nama : Cik Iylia Mardhiana
Tel : 019 550 6747

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.