Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Selasa 30/10/2018

FORUM BICARA AD DEEN

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Putrajaya akan menganjurkan Forum Bicara Ad Deen Guru dan Pendidikan: Guru Cemerlang Pendidikan Islam bersempena Pesta Lelong Buku Putrajaya 2018 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 31 Oktober 2018

Masa: 2.00 - 4.00 petang

Tempat: Auditorium, Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya


Table

Pengenalan:

Progam ini merupakan salah satu aktiviti turun padang yang dilaksanakan IKIM dalam usaha untuk mendekatkan masyarakat terutamanya golongan guru kepada IKIM yang menggalas gagasan, "Memahami Islam Membina Peradaban". Forum seumpama ini turut menjadi platform untuk mempromosikan peranan IKIM dan IKIMfm di dalam menyampaikan kefahaman Islam di kalangan masyarakat.

Para peserta yang hadir terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam dari sekolah di sekitar Putrajaya dan juga terbuka kepada orang ramai.

Program

1.30 petang: Ketibaan tetamu jemputan & media

1.45 petang: Ketibaan Dr. Mohd. Zaidi Ismail
Timbalan Ketua Pengarah IKIM

2.00 petang: Aluan Pengacara Majlis

Bacaan doa

Forum Bicara Ad-Deen Guru dan Pendidikan: Guru Cemerlang Pendidikan Islam

Moderator: DJ Syafiq Zulakifli

Panelis:

YBhg. Dr. Mohd. Farid bin Mohd Shahran
Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM


YBhg. Prof. Dato' Dr. AB. Halim bin Tamuri
Rektor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Sesi Soal Jawab

4.00 petang: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Forum tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.