Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 31/10/2018

MAJLIS PENYAMPAIAN FAEDAH PERKESO KEPADA ORANG TANGGUNGAN ALLAHYARHAM ABU HANIFAH MOHD KAMAL, PEGAWAI NIOSH, BANGI

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia akan menyempurnakan Majlis Penyampaian Faedah PERKESO kepada Orang Tanggungan Allahyarham Abu Hanifah Mohd Kamal, Pegawai Niosh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 29.10.2018 lalu.

Balu beliau, bakal menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan Faedah Orang Tanggungan.

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 2 November 2018

Masa : 9.30 pagi

Tempat : No. 25 Taman Sri Putih Jalan Tok Ungku,
701000 Seremban, Negeri Sembilan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Wan Norshakila Abd Satar
Tel : 012 604 0964

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.