|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 02/11/2018
MAJLIS PELANCARAN BERITA TAMIL BERNAMA NEWS CHANNEL
Jemputan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Berita Tamil Bernama News Channel, yang akan diadakan pada 4 November 2018, di Kawasan Parkir, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sempena Karnival Deepavali 2018 dari 6.00 petang hingga 8.00 malam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy akan menghadiri dan menyempurnakan pelancaran tersebut.
Berita Tamil kembali bersiaran di Bernama News Channel (BNC) mulai 11 Jun 2018. Ia disiarkan melalui saluran Astro 502, Unifi TV 631, MYTV 121 dan juga di seluruh dunia melalui laman sesawang www.bernama.com dan YouTube pada pukul 7.00 malam dengan siaran ulangan pada 11.30 malam setiap hari.
Butiran adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 4 November 2018
Masa : 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Parkir, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
PROGRAM
6.00 petang : Persembahan Pentas
6.30 petang : Ketibaan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA,
YBhg Datuk Zakaria Abd Wahab
: Ketibaan Pengerusi BERNAMA,
YBhg Datuk Seri Azman Ujang
7.00 malam : Ketibaan YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Tarian Pembukaan
- Ucapan Alu-aluan oleh YBhg Datuk Zakaria Abd Wahab,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA
- Ucapan YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Pelancaran oleh YB Senator
- Sesi Memperkenalkan Para Penyampai Berita Tamil
- Penyampaian Cenderahati
- Sesi Bergambar
7.45 malam : YB Senator meninggalkan majlis
: Majlis bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis pelancaran ini.
SUMBER: BERNAMA NEWS CHANNEL (BNC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En Arul Rajoo / En Gandhi
Tel : 012-3958950 / 012-9070184
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|