Disember 07, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 02/11/2018

PERSIDANGAN "GAJI KEHIDUPAN WAJAR DAN REALITI MISKIN BANDAR"

Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang miskin bandar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan "Gaji Kehidupan Wajar dan Realiti Miskin Bandar" yang akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 8 November 2018

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur

Program
Sila klik disini untuk Program

Pengenalan

Laporan Bank Negara 2017 menganggarkan gaji kehidupan wajar (the living wage) di Kuala Lumpur adalah antara RM2,700.00 bagi individu bujang dan RM4,500.00 bagi pasangan yang mempunyai seorang anak dan RM6,500 bagi pasangan yang mempunyai dua orang anak. Anggaran demikian bagaimanapun tidak selari dengan realiti gaji yang diterima oleh komuniti bandar di Kuala Lumpur pada masa kini, kerana hampir 27% isi rumah hidup di bawah gaji kehidupan wajar sekalipun gaji penengah (median) bagi ibu Negara Malaysia pada 2016 ialah RM9,073.00.

Penemuan ini membangkitkan persoalan tentang cabaran miskin bandar di Malaysia dan halatuju Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Kos sara hidup yang tinggi, masalah sosial dan kekeluargaan, nutrisi dan kesihatan serta persaingan buruh tempatan dan asing adalah antara isu-isu yang timbul akibat wujudnya miskin bandar. Demi mencapai hasrat menjadi negara maju, Malaysia perlu mengambil langkah-langkah berkesan untuk menangani masalah ini.

Antara objektif persidangan ini adalah:

i. Mengupas tentang definasi kemiskinan dan gaji kehidupan wajar dalam konteks urbanisasi, global dan Islam;

ii. Meneroka cabaran-cabaran yang timbul akibat daripada wujudnya miskin bandar dalam konteks agama, ekonomi dan sosial; dan

iii. Melihat prospek menangani isu miskin bandar menjelang Malaysia menjadi negara maju.

Bersempena persidangan ini juga akan diadakan majlis pelancaran buku baharu terbitan IKIM yang bertajuk "Faraid dan Perancangan Pewarisan Harta Beku, Bidang Kuasa dan Amalan di Malaysia"; "Masyarakat Menua, Realiti dan Cabaran"; "Rangkuman Kewangan Perspektif Kewangan Islam"; dan "Pemilikan Rumah: Realiti dan Cabaran".

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis persidangan tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329 / 019-333 4253

Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.