|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 30/01/2020
JEMPUTAN MEDIA: UNTUK MEMBUAT LIPUTAN BERITA BAGI "SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2020"
Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS), Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan "Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020". Sehubungan itu, wakil-wakil media adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 1 Februari 2020
Masa : 7.00 malam - 10.30 malam
Tempat : Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
PROGRAM
6.30 petang : Ketibaan tetamu dan persembahan bermula
7.00 malam : Ketibaan Dif-dif Jemputan
7.30 malam : Ketibaan Y.B. Dato' Teng Chang Khim & Isteri,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS), Negeri Selangor
7.45 malam : Ketibaan Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Bin Shari & Isteri,
Dato' Menteri Besar Selangor
8.00 malam : Keberangkatan Tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor
: Sembah Ucapan Alu-aluan Oleh Y.B. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS), Negeri Selangor
: Sembah Ucapan Oleh Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor
: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor merasmikan Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 2020
: (Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor mencemar duli untuk naik ke atas pentas bagi upacara gimik perasmian bersama dengan dif-dif kehormat)
: (Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor mencemar duli untuk ke meja upacara 'Yee Sang' bersama dengan dif-dif kehormat)
: Majlis Santapan/Jamuan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor
: Persembahan Kebudayaan
: Keberangkatan Balik Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor
: Majlis Bersurai
Nota: Aturcara program ini tertakluk kepada pindaan.
Sebagai makluman, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini.
Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis dan "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan pihak Tuan/Puan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Invest Selangor Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Maryani / En Suhairi
Tel : 03-55102005
Emel : maryani@investselangor.my / suhairi@investselangor.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|