Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 04/02/2020

LAWATAN KERJA WANITA PERTAMA DILANTIK SETIAUSAHA AGONG KOMANWEL KE MALAYSIA

Malaysia akan menerima lawatan kerja daripada Setiausaha Agong Komanwel, Rt Hon Patricia Scotland. Beliau merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan tersebut sebagai Setiausaha Agong ke-6.

Sehubungan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri akan mengadakan satu sidang media bagi menerangkan tentang lawatan kerja beliau seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 5 Februari 2020

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur,
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur


Untuk makluman, lawatan kerja ini juga merupakan yang kali pertama selepas beliau dilantik sebagai Setiausaha Agong.

Program:

9.30 pagi: Ketibaan media

9.45 pagi: Ketibaan tetamu

10.00 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Sri Syed Hussien Alhabhsee
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

: Sidang Media bermula

11.00 pagi: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 03-40479409 / 019-6644369
Emel: wfadhli@maiwp.gov.my

Nama: Zulkifli bin Husain
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-40479412 / 0193773963
Emel: zulkifli_husain@maiwp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.