|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 06/02/2020
JEMPUTAN MEDIA: SETIAUSAHA AGUNG KOMANWEL TIBA DI MALAYSIA
Malaysia akan menerima lawatan kerja daripada Setiausaha Agung Komanwel, Rt Hon Patricia Scotland bermula 9 hingga 15 Februari 2020.
Sehubungan itu, rakan-rakan media dijemput membuat liputan ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seperti berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 9 Februari 2020
Masa: 3.30 petang
Tempat: Balai Ketibaan KL International Airport (KLIA),
Aras 3, 64000 Sepang Selangor
Beliau dijangka akan disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh.
Untuk makluman, lawatan kerja ini merupakan yang kali pertama selepas beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung ke-6.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ketibaan Setiausaha Agung Komanwel tersebut.
SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Najihah binti Abdullah Sampit
Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 03-40479411 / 019-2043200
Emel: najiha@maiwp.gov.my
Nama: Sajidah binti Sulaiman
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-40479411 / 016-2173140
Emel: sajidah@maiwp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|