|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 18/02/2020
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS SIDANG MEDIA HARI KRAF KEBANGSAAN 2020
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK2020) pada 26 Februari hingga 9 Mac 2020, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Majlis Perasmian HKK 2020 akan diadakan pada 27 Februari 2020 (Khamis), jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media akan diadakan pada ketetapan berikut :
Hari/Tarikh: Rabu 19 Februari 2020
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Bersama: Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Program
10.00 pagi: Ketibaan Rakan Media
: Ketibaan Tetamu Jemputan
10.30 pagi: Ketibaan Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
: Persembahan Selamat Datang
: Taklimat oleh Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
: Sesi Soal Jawab Hari Kraf Kebangsaan 2020
: Lawatan ke Pameran
: Jamuan
: Persembahan Penutup
12.30 tengah hari: Majlis Bersurai
Pakaian: Pejabat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672
Nama: Puan Norehan Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|