Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 28/02/2020

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN AGRO PELANCONGAN 2020

Dimaklumkan MARDI akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2020 yang akan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Zainal Azman bin Abu Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 3 Mac 2020

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Hotel Bayview, Langkawi


Laman Web: http://agrotour.mardi.gov.my/

Untuk makluman, seminar ini bertujuan untuk; (i) memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada peserta berkenaan produk dan perkhidmatan baru agropelancongan, (ii) memberi kefahaman terhadap dasar dan hala tuju industri agropelancongan, (iii) mengenalpasti peluang dan memahami isu serta cabaran yang terdapat dalam industri agro pelancongan, (iv) memperluaskan pengetahuan, pengalaman dan jaringan kerjasama peserta dalam industri agropelancongan.

Program

8.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan

8.45 pagi: Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

9.00 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Zainal Azman bin Abu Seman
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor,
Ketua Pengarah MARDI

Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Zainal Azman bin Abu Seman
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Gimik perasmian Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2020 dan Pelancaran Buku Mewah (Coffee Table) 'Taman Teknologi Agro Pelancongan MARDI'

Penyampaian cenderahati

Sidang media

10.30 pagi: Minum pagi

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.