|
|
|
|
Disember 02, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 08/05/2020
JEMPUTAN MEDIA DAPUR RAMADAN ASNAF SELANGOR
Menyantuni golongan asnaf di Selangor pada bulan Ramadan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
330 keluarga akan menerima keperluan barangan asasi agar mereka dapat bersahur dan beriftar secukupnya sepanjang Ramadan.
Kepada SEMUA WAKIL MEDIA, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berbesar hati menjemput anda hadir dan membuat liputan program tersebut seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 10 Mei 2020
Masa: 1.45 petang
Tempat: Dewan Blok 11, Desa Mentari 3 Jalan PJS 2D/1, Petaling Jaya
Program
2.00 petang: Kehadiran tetamu jemputan
Agihan keperluan asasi kepada 330 asnaf fakir, miskin & mualaf di Desa Mentari
4.30 petang: Solat asar
5.00 petang: Program Nuzul Quran bersama asnaf
5.30 petang: Ziarah ke rumah melibatkan asnaf uzur & warga emas
Bersurai
Tertakluk kepada sebarang perubahan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program Dapur Ramadan tersebut.
SUMBER: Lembaga Zakat Selangor (LZS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ima Syuhada Ismail
Tel: 012-387 7835
Nama: Khairul Izwan Bakeri
Tel: 019-203 6317
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|