Disember 02, 2025 -Selasa

 
 
 

Khamis 14/05/2020

JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN BERITA BAGI SESI 'TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN: SELANGOR DARUL EHSAN AEROSPACE INDUSTRY COORDINATION OFFICE (S-DAICO) SERTA SIDANG MEDIA'

Dimaklumkan bahawa Invest Selangor Berhad bercadang untuk mengadakan Sesi 'Taklimat dan Perkongsian: Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) serta Sidang Media' seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 18 Mei 2020

Masa: 10.30 pagi

Tempat: Bilik Gerakan Covid-19 (Bilik Mesyuarat MTES)
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Program

10.30 pagi: Ketibaan Tetamu & Rakan-rakan Media

10.45 pagi: Ketibaan Y.B Dato' Teng Chang Khim,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian &
Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Negeri Selangor

11.00 pagi: Ketibaan Y.A.B Dato' Seri Amirudin Shari,
Dato' Menteri Besar Selangor

11.05 pagi: Taklimat dan Perkongsian :

- S-DAICO
- Pelan Tindakan Hala Tuju khusus Aeroangkasa

: Tayangan Video Korporat S-DAICO

11.40 pagi: Sesi Soal Jawab (Q&A)

12.00 tengah hari: Program bersurai

Pakaian: Formal

*Aturcara adalah tertakluk kepada pindaan terakhir



Sebagai makluman, Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor dijemput sebagai tetamu kehormat semasa sesi taklimat tersebut. Objektif sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk menerangkan peranan dan bidang kerja S-DAICO serta Pelan Tindakan Hala Tuju khusus Aeroangkasa kepada rakan-rakan media dan seterusnya menghebahkannya kepada umum khususnya kepada pemain-pemain industri Aeroangkasa.

Bersama-sama ini disertakan "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan wakil-wakil media.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sesi 'Taklimat dan Perkongsian: Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) serta Sidang Media' tersebut.

SUMBER: Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Maryani / En Suhairi
Tel: 03-55102005
Emel: maryani@investselangor.my / suhairi@investselangor.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.