|
|
|
|
Disember 02, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 18/05/2020
JEMPUTAN MEDIA BAGI MENYAMPAIKAN HASIL KAJI SELIDIK DAN SARANAN DPMM
Dimaklumkan DPMM menjemput wakil-wakil media untuk hadir membuat liputan ke sidang media pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 19 Mei 2020
Masa : 3.00 Petang
Tempat: Bilik Persidangan, Aras 4
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
22 Jalan Bruas, Bukit Damansara
Kuala Lumpur
Program
3.00 Petang: Ketibaan Tetamu dan Wartawan
3.15 Petang: Sesi Pembentangan hasil kaji selidik dan saranan DPMM kepada masyarakat dan pihak kerajaan untuk diberikan perhatian khusus tentang nasib usahawan melayu yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19
: Sesi soal jawab
: Tamat & Bersurai
Nota
1. Sila buat pengesahan kehadiran
2. Pek berbuka puasa akan diedar selepas Sidang Media.
BERKAITAN SIDANG MEDIA
Menyampaikan hasil kaji selidik dan saranan DPMM kepada masyarakat dan pihak kerajaan untuk diberikan perhatian khusus tentang nasib usahawan Melayu yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.
Intipati:
1. Membentangkan impak ekonomi orang melayu pasca PKP.
2. Membentangkan kaji selidik pasca PKP.
3. Saranan kepada Kerajaan bagi mempertingkat lagi ekonomi orang melayu pasca PKP.
BERKENAAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DEWAN)
DEWAN terus memperjuangkan misi membawa ekonomi Melayu ke tahap yang lebih tinggi dalam kedatangan Ekonomi Digital. Naratif Melayu yang baru memartabatkan peranan semua anggota DEWAN untuk tidak hanya membawa warisan pemimpin yang berjaya tetapi juga untuk memupuk perpaduan. Untuk itu, DEWAN akan terus bekerjasama dengan kerajaan dalam isu-isu yang mempengaruhi kepentingan pengusaha dan peniaga Melayu.
DEWAN kini bergerak maju bersama masyarakat melalui misi baru dengan meneroka, membimbing dan berkongsi peluang ke arah yang lebih baik dalam mencapai aspirasi ekonomi. Lebih-lebih lagi, DEWAN meramalkan bahawa perjuangan berterusan usahawan Melayu yang terjejas oleh pergolakan ekonomi Malaysia yang mencabar dapat dikurangkan dengan membuka peluang baru dalam ekonomi baru.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Sahar
Tel: 0192436556 / 03 2633 2233
E-mel: dwnperniagaanmelayu@gmail.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|