|
|
|
|
Disember 02, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 15/06/2020
PENYERAHAN WAKAF SISTEM ISLAMIC HOLISTIC EDUCATION SYSTEM KEPADA MAIWP DAN MOU DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH
Dimaklumkan buat julung kalinya MAIWP akan menerima wakaf Sistem Islamic Holistic Education System (IHES) dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik bahkan tinggi sahsiah dan keperibadian diri.
Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 16 Jun 2020
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Seminar Aras 1, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
VIP: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama)
PROGRAM
10.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan
11.00 pagi: Ketibaan: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
11.10 pagi: Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
11.15 pagi: Ucapan oleh: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
11.45 pagi: Upacara Menandatangani Memorandum Perjanjian:
a) MoU Kerjasama Pelaksanaan Diploma Syariah Islamiyyah PMA, antara MAIWP dan KPBKL.
b) Penyerahan Wakaf IHES kepada MAIWP oleh ADNI Islamic School.
- Sesi Bergambar
- Sidang Media
- Jamuan / Bersurai
Selain itu, pada majlis yang sama, MAIWP akan turut menandatangani MoU Pelaksanaan Diploma Syariah Islamiyyah bagi melahirkan pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah yang mahir dengan pengajian kitab kuning (turath) dan mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 03-40479409 / 019-6644369
E-mel: wfadhli@maiwp.gov.my
Nama: Nur Najihah binti Abdullah Sampit
Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 03-40479411 1019-2043200
E-mel: najiha@maiwp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|