ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 17/06/2020

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MFA DAN SHOPEE

Persatuan Francais Malaysia (MFA) bekerjasama dengan platform beli-belah dalam talian utama Malaysia, Shopee untuk kempen 'Jom Cari Makan' yang menawarkan baucer pembelian produk makanan francais kepada rakyat Malaysia untuk lebih 140 produk francais.

Bersempena dengan itu, satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) dan sidang media akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 19 Jun 2020

Masa: 11.30 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 10 (Menara), KPDNHEP, Putrajaya

Tetamu Kehormat: YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)


Kod Pakaian: Kasual / Kemas

Aturcara

11.30 Pagi: Ketibaan Jemputan & Media

11.45 Pagi: Ketibaan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad
Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

12.00 Tengah hari: Ketibaan YB. Datuk Alexander Nanta Linggi
Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Ucapan oleh Tan Ming Kit
Ketua Kluster Barangan Pengguna Bergerak Pantas, Shopee Malaysia

Ucapan Aluan oleh Datuk Dr. Hj. Radzali Hassan
Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA)

Ucapan oleh YB. Datuk Alexander Nanta Linggi
Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

12.45 Tengah hari: Sesi Menandatangani MOU oleh MFA dan SHOPEE

1.00 Petang: Sesi Sidang Media

1.30 Petang: Jamuan Tengahari dan Bersurai

Majlis ini akan diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Justeru itu, pihak Tuan/ Puan hendaklah membuat pendaftaran RSVP terlebih dahulu. Perhatian dan kerjasama pihak Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) tersebut.

SUMBER: Malaysian Franchise Association

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: 011-2924 0213
Emel: ain.mohamad@mfa.org.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.