|
|
|
|
|
|
Isnin 22/06/2020
JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA BERHUBUNG SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) OLEH YBHG KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan menghadiri sidang media seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 22 Jun 2020
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan, Aras 8, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya
Nota:
(i) Sidang Media akan datang diadakan 3 kali seminggu pada hari isnin, rabu dan jumaat sahaja.
(ii) Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan akan dikeluarkan setiap hari mulai pukul 5 petang.
(iii) Mendaftar aplikasi MySejahtera (di meja pendaftaran) untuk melakukan imbasan QR (QR Code)
(iv) Perlu memakai topeng penutup hidung dan mulut (face mask). Selain itu, tuan/puan dikehendaki melalui saringan suhu badan dan menggunakan 'hand sanitizer' di Lobi Utama, Blok E7.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Baharudin bin Mohamad
Tel : 017-2635008
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|