|
|
|
|
|
|
Jumaat 26/06/2020
JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA BERHUBUNG SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) OLEH YBHG KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan menghadiri sidang media seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 26 Jun 2020
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan, Aras 8, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya
Nota:
(i) Sidang Media akan datang diadakan 3 kali seminggu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.
(ii) Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan akan dikeluarkan setiap hari mulai pukul 5 petang.
(iii) Mendaftar aplikasi MySejahtera (di meja pendaftaran) untuk melakukan imbasan QR (QR Code), mengisi borang pendaftaran media serta menunjukkan Kad Perakuan Media bagi tujuan pengesahan.
(iv) Perlu memakai topeng penutup hidung dan mulut (face mask). Selain itu, tuan/puan dikehendaki melalui saringan suhu badan dan menggunakan 'hand sanitizer' di Lobi Utama, Blok E7.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Tel: 012-2112658
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|