|
|
|
|
|
|
Jumaat 28/08/2020
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN SEMINAR DAN UPACARA MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA MTIB BERSAMA BAMBOO JUNGLE ADVENTURES, KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DAN GOLDEN PHAROS BERHAD MENGENAI "PEMBANGUNAN MANUAL APLIKASI BULUH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN"
Dimaklumkan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara MTIB bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Bamboo Jungle Adventures dan Golden Pharos Berhad mengenai 'Pembangunan Manual Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan'. Dalam masa yang sama MTIB juga mengadakan 'Seminar Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan' yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan potensi penggunaan buluh dalam industri pembinaan kepada pihak industri perkayuan dan orang ramai.
Dalam hal ini, Majlis Perasmian 'Seminar Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan' akan disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan MTIB turut menjemput YB Menteri untuk turut serta menyaksikan Upacara Menandatangani Memorandum Perjanjian tersebut seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 29 Ogos 2020
Masa: 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Camelia Grand Ballroom, Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu
Program
8.30 pagi: Pendaftaran peserta dan jemputan
9.00 pagi: Seminar bermula
Kertas 1: Status Industri Buluh Malaysia oleh Puan Norhazaedawati Baharuddin, MTIB
9.30 pagi:
Kertas 2: Penggunaan Buluh untuk Bangunan Resort oleh YBhg. Dato' Lai Yeng Fock, Tadom Hill Resort Sdn. Bhd
10.00 pagi: Minum pagi
10.30 pagi:
Kertas 3: Penggunaan Buluh Global dalam Industri Pembinaan
oleh Tuan Haji Ir. Ahmad Mazlan Othman, Bamboo Jungle Adventures (BJA)
10.50 pagi: Ketibaan YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
11.00 pagi: Ketibaan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu
11.05 pagi: Lawatan ke Mini Pameran
11.20 pagi:
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
11.30 pagi: Ucapan oleh YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
11.45 pagi: Ucapan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar,
Menteri Besar Terengganu
12.00 tengah hari: Pelancaran Buku 'Kaedah Rawatan dan Teknik Pengawetan Buluh'
12.10 tengah hari: Majlis penyerahan surat kebenaran cadangan membina Surau Ikonik Buluh oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada MTIB.
12.15 tengah hari: Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Bamboo Jungle Adventures & Golden Pharos Berhad.
12.30 tengah hari: Sidang media
12.30 tengah hari:
Kertas 4: Reka Bentuk Konsep Surau Buluh Kuala Nerus oleh Encik Ahmad Ridzwa Ahmad Fathan, Citylab Studio
1.00 tengah hari: Sesi Soal Jawab
1.15 tengah hari: Makan tengah hari
Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Hilmi Mohd Ali
Pegawai Komunikasi Strategik
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Tel: 016-2058311
Name: Fia Nazeta Azilah
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tel: 011-23095796
-BERNAMA |
|
|
|
|
|