|
|
|
|
Disember 02, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 18/09/2020
MAJLIS PELANCARAN PROJEK BAKUL REZEKI KHAIRA PPZ
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam (PPZ-MAIWP) menerusi tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ akan mengadakan majlis pelancaran penyerahan sumbangan barangan kering berjumlah RM65,000 kepada 650 penduduk di 4 PPR sekitar Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 26 September 2020
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Persatuan Penduduk Blok B, PPR Pantai Ria
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432
-BERNAMA |
|
|
|
|
|