ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 27/11/2020

JEMPUTAN MENGHADIRI SIDANG MEDIA KHAS : KEMENANGAN MARDI DALAM ITEX 2020

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan SIDANG MEDIA KHAS KEMENANGAN MARDI DALAM ITEX 2020 yang akan disampaikan oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor seperti berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 30 November 2020

Masa: 12.00 tengah hari - 1.00 petang

Tempat: Pejabat Ketua Pengarah MARDI, Ibu Pejabat MARDI, Serdang


Program

11.45 pagi : Ketibaan Rakan media

12.00 tengah hari : Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor, Ketua Pengarah MARDI

- Sesi sidang media

- Lawatan ke Ruang Reruai Pameran

- Sesi Ujirasa Makanan bersama Media

- Sesi Bebas Temubual Media bersama Penjana Teknologi

1.00 petang : Makan tengah hari dan bersurai

Untuk makluman rakan media, MARDI telah menyertai pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2020 (ITEX'20) baru-baru ini. Inovasi MARDI dalam teknologi makanan kesihatan, varieti padi baharu, baka kambing baharu dan pembungkusan makanan boleh makan telah merangkul 4 pingat emas dan satu pingat perak di dalam pertandingan tersebut sekaligus membuktikan hasil penyelidikan MARDI ini mendapat pengiktirafan berterusan di peringkat antarabangsa.

Table

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis sidang media tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.