ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 02/12/2020

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KOMUNITI (PPKK) PRODUK BATIK KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya sedang mengadakan Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Produk Batik di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Program ini dilaksanakan melalui dua Makmal seperti berikut:

i. Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Batik
(Pola Jahitan dan Teknik Skrin Lilin)

ii. Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Batik
(Pelitup Muka dan BegTitipan)

Seramai 36 orang peserta terlibat dalam aktiviti Makmal ini iaitu 20 orang bagi aktiviti Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Batik ( Pola Jahitan dan Teknik Skrin Lilin) yang terdiri daripada usahawan kraf batik dan 16 orang peserta bagi aktiviti Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Batik (Pelitup Muka dan Beg Titipan), terdiri daripada komuniti baru dari Daerah Setiu.

Sehubungan itu sukacita Kraftangan Malaysia menjemput rakan media untuk hadir dan membuat liputan program ini pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh: Khamis 3 Disember 2020

Masa: 12.30 tengah hari

Lokasi: Dewan Blok G
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering
20700 Kuala Terengganu

Bersama: Yang Berhormat Ustaz Ariffin Bin Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat
Negeri Terengganu


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Nizam bin Ismail
Tel: 012-9384981

Nama: Puan Sukma Wati bt Mokhtar
Tel: 011-10377070

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.