ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 09/12/2020

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN EMPAT KIT PENGESANAN PANTAS MARDISENSE

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan MAJLIS PELANCARAN EMPAT KIT PENGESANAN PANTAS MARDISENSE yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 10 Disember 2020

Masa: 3.00 petang

Tempat: Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur


Untuk makluman rakan media, MARDI telah menghasilkan empat inovasi bioteknologi, kit pengesanan pantas MARDIsense iaitu Antibiotic Sensor Kit, Malachite Green Sensor Kit, Algae Bloom Sensor Kit dan Foodborne Pathogen Test Kit.

Kit pengesan ini dibangunkan untuk mengesan kehadiran bahan kimia, sisa antibiotik dan mikrob pencemar makanan. Teknologi ini adalah mesra pengguna, mudah digunakan dan menjimatkan kos serta masa bagi analisis pengesanan analit pencemaran berbanding dengan kaedah konvensional. Ini seterusnya meningkatkan keselamatan dan kualiti produk pertanian dan agromakanan untuk kesejahteraan rakyat.

Program

3.00 petang: Ketibaan tetamu jemputan

3.15 petang: Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ketibaan Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

3.30 petang: Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan

: Lawatan ke booth pameran

: Penerangan Empat Kit Pengesanan MARDIsense:

i. Antibiotic Sensor Kit
ii. Algae Bloom Biotoxin Sensor Kit
iii. Malachite Green Sensor Kit
iv. Foodborne Pathogen Test Kit

: Gimik pelancaran

: Tayangan video montaj

: Penyampaian cenderahati

: Sidang media

4.30 petang: Minum petang

5.00 petang: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: Encik Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.