ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 11/12/2020

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN PRODUK INOVASI MAKANAN MARDI DAN PERASMIAN TEST BED MARDI MELAKA

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Produk Inovasi Makanan MARDI Dan Perasmian Test Bed Teknologi MARDI Melaka yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 12 Disember 2020

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Pejabat MARDI Negeri Melaka, Simpang Bukit Lintang Ayer Molek, Melaka

Program


9.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan

9.45 pagi: Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ketibaan Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

10.00 pagi: Ketibaan YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

: Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Melaka

: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh:
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ucapan pelancaran dan perasmian oleh:
YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

: Pelancaran Produk Inovasi Makanan/Minuman MARDI
- Gegulung mangga tinggi antioksidan
- Minuman Kuini Difermentasi
- Minuman Ceri Terengganu Difermentasi
- Minuman Teh Difermentasi

: Penyampaian TouchPoint : Unit Agropreneur Muda dan Rezeki Tani

: Lawatan ke Pameran Teknologi MARDI

: Perasmian Test Bed Teknologi MARDI Melaka

: Sidang media

12.00 tengah hari: Makan tengah hari / Bersurai


Untuk makluman pihak media, MARDI telah menghasilkan inovasi makanan berfungsi, iaitu Gegulung Mangga Tinggi Antioksidan, Minuman Kuini Difermentasi, Minuman Ceri Terengganu Difermentasi dan Minuman Teh Difermentasi. Produk inovasi makanan MARDI ini mempunyai antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Selain daripada itu, MARDI telah membangunkan Test Bed Teknologi sebagai satu tempat yang membolehkan golongan sasar mendapatkan ilmu, teknologi terkini serta khidmat nasihat teknikal secara terus. Test Bed Teknologi MARDI Melaka yang telah mendapat anugerah pensijilan MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini fokus kepada teknologi bakeri seperti pembuatan roti, kek, cookies, croissant dan konfeksioneri dodol.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: Puan Siti Aishah Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA










 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.