|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Jumaat 18/12/2020
JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SIDANG MEDIA KHAS PENCAPAIAN MARDI BERSEMPENA MALAYSIA COMMERCIALIZATION YEAR (MCY) 2020, PEMENANG ANUGERAH JURUTEKNIK (SAINS) NEGARA TAHUN 2020 DAN SESI UJI RASA PRODUK MAKANAN HASIL INOVASI MARDI BERSAMA MEDIA
Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan SESI SIDANG MEDIA KHAS PENCAPAIAN MARDI BERSEMPENA MALAYSIA COMMERCIALIZATION YEAR (MCY) 2020, PEMENANG ANUGERAH JURUTEKNIK (SAINS) NEGARA TAHUN 2020 DAN SESI UJI RASA PRODUK MAKANAN HASIL INOVASI MARDI BERSAMA MEDIA yang akan disampaikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee seperti ketetapan berikut:
Tarikh: Isnin 21 Disember 2020
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Mohamad Jamil, Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Program
10.30 pagi: Ketibaan rakan media
11.00 pagi: Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
: Lawatan ke booth pameran Malaysia Commercialization Year 2020:
i. Square Fish Crackers and Drying Tray for Producing Crackers
ii. RealStrong N Bio Booster Fertilizer
iii. Anugerah Juruteknik (Sains) Negara
11.30 pagi: Sesi sidang media
12.00 tengah hari: Lawatan ke Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan MARDI dan Sesi Uji Rasa Produk Inovasi Makanan MARDI
12.30 tengah hari: Makan tengah hari dan bersurai
Untuk makluman pihak media, MARDI telah berjaya memenangi Anugerah Utama MCY2020 Bagi Kategori Usahawan Sosial melalui teknologi Square Fish Crackers and Drying Tray for Producing Crackers dan juga satu hadiah saguhati melalui teknologi RealStrong N Bio Booster Fertilizer. Pengumuman tersebut telah dibuat secara virtual pada 17 Disember 2020 oleh YB Khairy Jamaluddin; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Disamping itu, MARDI juga berjaya memenangi Anugerah Juruteknik (Sains) Negara Tahun 2020 melalui Majlis Pelancaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang diadakan baru-baru ini.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
Nama: Encik Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|