|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Jumaat 18/12/2020
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KOMUNITI (PPKK) KRAF BATIK DAN JAHITAN
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya sedang mengadakan Makmal Pengeluaran Produk Kraf Batik Ikat Celup Teknik Itajime dan Jahitan Batik yang berlangsung dari 19 hingga 20 Disember 2020 di Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya dengan penyertaan seramai 20 orang peserta.
Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) merupakan inisiatif program latihan kemahiran kraf yang disediakan oleh Kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada Kraftangan Malaysia untuk membangunkan dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf untuk menjana pendapatan utama atau sampingan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 20 Disember 2020
Masa: 4.30 petang
Lokasi: Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya
Bersama: Encik Kamaruddin bin Dolmat
Naib Presiden (Perkhidmatan Bandar)
Perbadanan Putrajaya
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penutup tersebut.
SUMBER: KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
NAMA: Puan Norehan
Tel: 012-6578824
Nama: Puan Marshila
Tel: 012-5042081
-BERNAMA |
|
|
|
|
|