|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Jumaat 26/02/2021
JEMPUTAN KE SESI SIDANG MEDIA KHAS PENGISYTIHARAN DUA VARIETI BAHARU PADI MARDI - MR 315 DAN MRQ 104 SERTA PELANCARAN TEKNOLOGI KADAR BOLEH UBAH BAGI TANAMAN PADI BERSAMA YB MENTERI MAFI
Dimaklumkan MARDI akan mengadakan SESI SIDANG MEDIA KHAS PENGISYTIHARAN DUA VARIETI BAHARU PADI MARDI - MR 315 DAN MRQ 104 SERTA PELANCARAN TEKNOLOGI KADAR BOLEH UBAH BAGI TANAMAN PADI yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 27 Februari 2021
Masa : 3.00 petang
Tempat : MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang
PROGRAM
2.45 petang : Ketibaan pihak media
3.00 petang : Demonstrasi dan Pelancaran Teknologi Pertanian Tepat Padi MARDI:
i. Sistem penaburan biji benih dengan kadar boleh ubah (VRT)
ii. Sistem pembajaan dengan kadar boleh ubah (GAI)
: Lawatan ke plot padi MR 315 dan MRQ 104
: Gimik & Pengisytiharan Varieti Baharu Padi MR 315 dan MRQ 104
: Sesi sidang media khas
5.00 petang : Minum petang dan bersurai
Untuk makluman pihak media, MR 315 dan MRQ 104 diperkenalkan untuk mempelbagaikan genetik varieti dan memberi lebih pilihan kepada petani. Varieti-varieti ini berkualiti, rintang terhadap penyakit dengan hasil yang baik. 'Teknologi Pertanian Tepat Kadar Boleh Ubah Untuk Tanaman Padi' yang dihasilkan disasar dapat meningkat dan menggalakkan produktiviti serta pengeluaran pertanian mampan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel : 016-980 5587
Nama : Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel : 012-621 1371
-BERNAMA |
|
|
|
|
|