|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Isnin 01/03/2021
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENEMPATAN JURUTERA DAN LATIHAN PRASISWAZAH DALAM INDUSTRI KAYU KAYAN 2021
Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) akan melancarkan Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah (EPIP) Dalam Industri Kayu-Kayan 2021 pada 2 Mac di Hotel Zenith, Putrajaya dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Program yang julung kali diperkenalkan oleh MTC bagi industri perkayuan ini akan dilancarkan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan politeknik serta persatuan kayu-kayan.
EPIP akan menjadi platform kepada jurutera, graduan teknologi perkayuan dan mahasiswa diserap bekerja di dalam syarikat berasaskan kayu bagi tujuan penempatan dan latihan prasiswazah.
Program Penempatan Jurutera merupakan program di mana jurutera akan menjalani latihan di tempat kerja di bawah bimbingan profesional selama setahun manakala Program Latihan Prasiswazah terbuka kepada mahasiswa yang sedang melakukan latihan industri.
Program ini merupakan sebahagian daripada Pelan Lima Tahun MTC untuk membina dan meningkatkan bilangan pekerja yang berpengetahuan dalam industri. Kos latihan serta elaun akan dibiayai oleh MTC.
Program ini akan dirasmikan bersama oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Majlis Pelancaran Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah dalam Industri Kayu Kayan 2021
Disempurnakan Oleh
YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
dan
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Menteri Pengajian Tinggi
Hari/Tarikh : Selasa 2 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : ARAS 1, CASHMERE BALLROOM, HOTEL ZENITH, PUTRAJAYA
PROGRAM
10.00 pagi : Ketibaan Para Tetamu dan Dif Kehormat
10:30 pagi : Ucapan Aluan oleh Pengerusi MTC
: Ucapan oleh Menteri Pengajian Tinggi
: Ucapan Pelancaran oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
: Montaj Pelancaran
: Majlis Menandatangani Memorandum antara MTC, Institusi Pengajian Tinggi dan Persatuan-Persatuan Kayu-Kayan
11.30 pagi : Sesi Fotografi
11.45 pagi : Sidang Akhbar
12.00 tengah hari : Jamuan Makan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran tersebut.
SUMBER : Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Noraihan Abdul Rahman
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03-92811999 ext 700
E-mel : noraihan@mtc.com.my
Nama : Vijaya Kasinathan
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03-92811999 ext 703
E-mel : vijaya@mtc.com.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|