|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Khamis 04/03/2021
JEMPUTAN KE SESI SIDANG MEDIA KHAS PELANCARAN FORMULASI MAKANAN TERNAKAN MENGIKUT PERINGKAT PENGELUARAN LEMBU KEDAH KELANTAN ELIT (KK ELIT) DAN MANUAL TEKNOLOGI PENGELUARAN LEMBU PEDAGING KK ELIT
Dimaklumkan MARDI akan mengadakan SESI SIDANG MEDIA KHAS PELANCARAN FORMULASI MAKANAN TERNAKAN MENGIKUT PERINGKAT PENGELUARAN LEMBU KEDAH KELANTAN ELIT (KK ELIT) DAN MANUAL TEKNOLOGI PENGELUARAN LEMBU PEDAGING KK ELIT yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I pada ketetapan seperti berikut;
Hari/Tarikh: Ahad 7 Mac 2021
Masa: 3.30 petang
Tempat: MARDI Kemaman, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Untuk makluman, objektif pemakanan bagi ternakan adalah untuk memastikan ternakan mencapai jumlah makanan kering dalam bentuk komponen nutrisi karbohidrat, protein, lemak, galian dan vitamin yang seimbang dan mencukupi. Ia dirumus bagi mengimbangi keperluan nutrisi lembu baka KK Elit untuk semua peringkat produksi pada kos yang optimum
Program
3.00 petang Ketibaan pihak media
3.30 petang Lawatan ke ladang KK Elite dan pameran
: Sesi demonstrasi teknologi berkaitan
: Gimik Pelancaran Formulasi Makanan Ternakan Mengikut Peringkat Pengeluaran bagi Lembu Kedah Kelantan Elit dan Manual Teknologi Pengeluaran Lembu Pedaging Kedah Kelantan Elit
: Sidang media khas
5.00 petang Minum petang dan bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sesi sidang media khas tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel:012-484 0672
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|