|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Isnin 08/03/2021
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN NATIONAL FOOD TECHNOLOGY SEMINAR 2021 (NFTS 2021) DAN PELANCARAN PRODUK MAKANAN INOVASI MARDI
Dimaklumkan MARDI akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN NATIONAL FOOD TECHNOLOGY SEMINAR 2021 (NFTS 2021) DAN PELANCARAN EMPAT PRODUK MAKANAN INOVASI MARDI yang akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Haslina Binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 9 Mac 2021
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Persidangan ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan trend dan pembangunan terkini sektor makanan fungsian disamping berkongsi pengetahuan antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, NGO dan pemain industri yang lain. Selain itu, empat teknologi inovasi makanan juga akan diperkenalkan pada persidangan ini termasuklah; (i) Sup Campuran Diperkaya Ekstrak Pegaga, (ii) Tepung Pracampuran Pudding Jeli Tinggi Protein, (iii) Tepung Pracampuran Roti Prebiotik, dan (iv) Air Kelapa Difermentasi.
Program
11.00 pagi: Ketibaan tetamu jemputan
11.30 pagi: Ketibaan Y.Bhg. Dato' Haslina Binti Abdul Hamid
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
:Nyanyian lagu Negaraku
:Bacaan doa
:Ucapan alu-aluan oleh
Y.Bhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI
: Ucapan perasmian oleh
Y.Bhg. Dato' Haslina Binti Abdul Hamid
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
: Video montaj Persidangan NFTS 2021
: Gimik pelancaran empat inovasi teknologi makanan MARDI:
i. Sup Campuran Diperkaya Ekstrak Pegaga
ii. Tepung Pracampuran Pudding Jeli Tinggi Protein
iii. Tepung Pracampuran Roti Prebiotik
iv. Air Kelapa Difermentasi
12.30 tengah hari: Sesi sidang media
1.00 tengah hari: Makan tengah hari dan bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|