ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 09/03/2021

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (COE) TANAMAN UBI-UBIAN MARDI BACHOK, PELANCARAN VARIETI BAHARU, PRODUK HILIRAN & MANUAL TEKNOLOGI UBI KELEDEK

Dimaklumkan MARDI akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN PUSAT COE TANAMAN UBI-UBIAN MARDI BACHOK, PELANCARAN VARIETI BAHARU, PRODUK HILIRAN & MANUAL TEKNOLOGI UBI KELEDEK yang akan disempurnakan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 11 Mac 2021

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : MARDI Bachok, Kelantan


PROGRAM

9.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

9.30 pagi : Ketibaan YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II

: Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kelantan

: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh
Y.Bhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ucapan perasmian oleh
YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II

: Gimik Perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi (COE)
Tanaman Ubi-ubian MARDI Bachok

: Pelancaran Varieti Baharu, Produk Hiliran dan Manual Teknologi Ubi Keledek

: Penyampaian Bantuan MAFI Prihatin (MARDI dan KADA)

: Penyampaian cenderahati

: Lawatan ke Booth Pameran dan Plot Tanaman Ubi Keledek Baharu

: Sesi sidang media

12.30 tengah hari : Makan tengah hari dan bersurai


Untuk makluman, MARDI Bachok yang bakal diangkat sebagai COE ini mempunyai koleksi pelbagai jenis ubian atau janaplasma yang besar di Malaysia. Ia akan menjadi pusat penghasilan varieti ubian yang berkualiti dan berhasil tinggi, sebagai pusat kawalan penyakit dan perosak tanaman ubi termasuk mengembangkan potensi produk hiliran. Selain itu, salah satu varieti ubi keledek ungu tinggi antioksidan dan juga akan diperkenalkan pada majlis ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel : 016-980 5587

Nama : En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel : 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.