|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Rabu 10/03/2021
Majlis Pelancaran: Jalinan Kerjasama Antara ANGKASA Dan Vettons Sdn Bhd Memorandum Persefahaman Antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad Dan Vettons Sdn Bhd
Kami dengan berbesar hati ingin menjemput wakil-wakil media ke majlis tersebut pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 11 Mac 2021
Masa: 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Bangunan Vettons, Lot 2766, Block C, Jalan Bukit Lanjan, Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.
Program
3.30 petang : Pendaftaran para tetamu
3.45 petang : Ketibaan Dif-Dif Kehormat (Termasuk Dato' Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA dan Dato' Haji Kamarudin Ismail, Timbalan Presiden ANGKASA)
4.00 petang : Jamuan petang
4.30 petang : Kata-kata aluan pengerusi majlis
4.40 petang : Ucapan Pengerusi Bersama Vettons, Dato' Sri Dr. How Kok Choong
5.00 petang : Majlis menandatangani MOU (Vettons x Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad)
: Pertukaran dokumen MOU
5.15 petang : Cenderamata jalinan kerjasama (Vettons x ANGKASA)
5.30 petang : Sesi bergambar dan sidang media
6.00 petang : Bersurai
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mewakili setiap tahap koperasi di Malaysia, termasuk Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad. ANGKASA juga telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai satu badan yang mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. ANGKASA kini sedang dalam proses transformasi koperasi ke arah penglibatan projek-projek ekonomi berimpak tinggi.
Manakala Vettons pula, adalah pemain ekosistem teknologi tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan, yang komited untuk mentransformasikan semula ekosistem e-dagang di Malaysia. Pada tahun lalu, majalah Asia-Pacific CIO Outlook dari Silicon Valley, Amerika Syarikat ini telah mengiktiraf Vettons sebagai 'Top eCommerce Vendors in APAC 2020' syarikat e-dagang tahun ini di rantau ini.
Majlis ini memeterai penglibatan ANGKASA di dalam industri e-dagang, termasuk inisiatif 'Buy Now, Pay Later' yang dirangka khas untuk ahli-ahli Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, di mana mereka akan berpeluang untuk menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran dan sidang media tersebut.
SUMBER: Vettons Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Murni Daud
E-mel: murni.d@vettons.com
Nama: Cik Nur Jannah Sulaiman
E-mel: jannah@vettons.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|