|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Jumaat 12/03/2021
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) MARDI 2021-2025
Dimaklumkan MARDI akan mengadakan MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) MARDI 2021-2025 yang akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, merangkap Mantan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 15 Mac 2021
Masa: 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat: Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Program
2.00 petang: Ketibaan tetamu jemputan
2.15 petang: Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI
2.30 petang: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
Merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI
: Ketibaan YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed
Mantan Ketua Pengarah
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
3.00 petang: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Pemimpin Agro Teknologi
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
Merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI
: Ucapan Pelancaran oleh
YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed
Mantan Ketua Pengarah
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Montaj / Gimik Pelancaran Pelan Anti-Rasuah (OACP) MARDI
2021-2025
: Penyampaian Cenderahati
: Sesi Fotografi
: Sidang Media
4.00 petang: Minum Petang
4.30 petang: Lawatan ke Pusat Jualan Benih Tanaman MARDI (BBShoppe)
Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) merupakan dokumen dasar anti-rasuah peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan anti-rasuah dalam organisasi. OACP adalah inisiatif mandatori Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan juga Arahan YAB Perdana Menteri Siri 2 No 1 Tahun 2019 sepertimana terkandung dalam Strategi 2 - Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Strategi 6 - Memupuk Tadbir Urus Baik Dalam Entiti Korporat.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
Nama: Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|