ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PELAYARAN SULUNG BAGI PELAYARAN PERCUMA UNTUK KAPAL LAYAR YANG BERDAFTAR DI HONG KONG DAN MACAU DI ZON PERDAGANGAN BEBAS MALIM KAPAL CHINA (GUANGDONG) DI NANSHA, GUANGZHOU

Friday 28/07/2017

AsiaNet 69498

GUANGZHOU, China, 28 Julai, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 24 Julai, sejurus selepas ulang tahun ke-20 kepulangan Hong Kong kepada tanah besar China, pelayaran sulung bagi pelayaran percuma untuk kapal layar yang berdaftar di Hong Kong dan Macau di Zon Perdagangan Bebas Malim Kapal China (Guangdong) telah diadakan di Daerah Nansha, Guangzhou. Kapal-kapal layar dari Hong Kong dan Macau berlabuh di Marina Nansha selepas melalui tindakan masuk yang perlu dipatuhi mengikut peraturan di Terminal Feri  Nansha. Pelayaran pertama mencapai kejayaan yang sepenuhnya.

Kerajaan Wilayah Guangdong menyerahkan Pelan Pelaksanaan "Pelayaran Percuma" untuk Kapal Layar yang didaftar di Hong Kong dan Macau di Zon Perdagangan Bebas Malim Kapal China (Guangdong) (selanjutnya dirujuk sebagai "Rancangan itu") kepada Kementerian Pengangkutan untuk menerokai dan membuat pembaharuan ke atas dasar-dasar pelepasan masuk-keluar kastam, pengawasan dan pemeriksaan, penetapan dok, pengiktirafan lesen timbal balik dan perancangan kawasan pengemudian kapal layar dari Hong Kong dan Macau. Ini bermakna sistem dasar yang mudah dikendalikan dan dikawal dengan jelas, mekanisme pengurusan dan arahan kerja bagi pengurusan kemasukan kapal layar boleh dirumuskan, yang akan membantu mengumpulkan pengalaman malim kapal yang boleh direplika dan dipromosikan untuk memudahkan "pelayaran percuma" bagi kapal layar dari Hong Kong dan Macau di Guangdong dan di seluruh negara China serta pembangunan pelancongan kapal layar. Rancangan itu mendapat sokongan besar daripada kementerian dan suruhanjaya yang berkaitan dengan kerajaan pusat. Pada 20 Jun tahun ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Keselamatan Awam, Pentadbiran Am Kastam dan Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin menghantar sepucuk surat bersama untuk meluluskan Rancangan itu pada prinsipnya. Semasa pelayaran sulung ini, kapal layar dari Hong Kong dan Macau melalui proses dan formaliti sedemikian seperti perisytiharan kemasukan, pemeriksaan bersama dan berlabuh mengikut prosedur dan keperluan bagi mod pelepasan mudah kastam yang baharu - "kedudukan berlabuh yang tetap, pemeriksaan bersama berdekatan", yang menguji pelaksanaan Rancangan itu. Untuk langkah seterusnya, sistem dasar, mekanisme pengurusan dan arahan kerja untuk pengurusan kemasukan bagi kapal layar akan diperincikan lebih lanjut mengikut hasil daripada pelayaran sulung itu, bagi mempercepat pelaksanaan dasar itu. Pentadbiran Pelancongan bagi Wilayah Guangdong berpendapat bahawa usaha itu akan membantu mempromosikan pelancongan pantai dan pembinaan lingkaran hayat yang berkualiti tinggi yang sesuai untuk kehidupan, perniagaan dan pelancongan di "Kawasan Greater Bay Hong Kong-Macau".
 
Sumber: Pentadbiran Pelancongan bagi Wilayah Guangdong
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.