ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  EZAKI GLICO CO., LTD. LANCAR VERSI BAHASA INGGERIS BAGI APLIKASI PENDIDIKAN YANG POPULAR GLICODE (TM)

Monday 31/07/2017



AsiaNet 69493

OSAKA, Jepun, 31 Julai, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Ezaki Glico Co., Ltd. (Ezaki Glico: https://www.glico.com/global/), amat gembira untuk mengumumkan pelancaran sebuah versi Bahasa Inggeris bagi GLICODE (TM) -- sebuah aplikasi pengaturcaraan pendidikan yang menyeronokkan yang membolehkan kanak-kanak berusia seawal enam tahun untuk belajar mengenai asas pengaturcaraan dengan menggunakan snek manisan Ezaki Glico yang popular "Pocky".

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/img/201707274144-O1-pdO74vV8)
(Imej 1: http://prw.kyodonews.jp/img/201707274144-O2-2sC8395m)
(Imej 2: http://prw.kyodonews.jp/img/201707274144-O3-xFyX68vZ)
 
Muat turun URL: http://cp.glico.jp/glicode/app-global/
 
Sejak pelancaran awalnya di Jepun pada tahun 2016, Ezaki Glico telah menganjur dan memudahkan pelbagai bengkel GLICODE (TM) merentasi ke seluruh Jepun dan turut mengambil bahagian di dalam acara-acara pengaturcaraan kebangsaan serta di luar negara. GLICODE (TM) juga telah diiktiraf di kebanyakan pertunjukan penganugerahan seperti Cannes Lions, One Show dan banyak lagi. Melalui usaha dan pengiktirafan kami, Ezaki Glico telah menerima banyak permintaan untuk menyetempatkan aplikasi itu untuk pasaran yang lebih besar. Sebagai tindak balas kepada perkara ini, Ezaki Glico telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan versi Bahasa Inggeris bagi GLICODE (TM).

Laman web GLICODE (TM): http://cp.glico.jp/glicode/en/
Youtube GLICODE (TM): https://youtu.be/UiWkUqKif6o
 
Ezaki Glico percaya GLICODE (TM) akan memberi manfaat kepada kanak-kanak di merata tempat, membantu mereka belajar mengenai asas pengaturcaraan pemikiran algoritma secara amali dan menarik. Dengan mengatur siap "Pocky" secara fizikal, kanak-kanak boleh membina sebuah urutan pengekodan yang mengawal watak permainan itu. UI, paras dan permainan bagi aplikasi itu adalah direka khusus untuk menjadikan pembelajaran mudah, menyeronokkan dan interaktif, dan mengajar tiga ciri-ciri asas pengaturcaraan: Sintaksis Asas, Gelung dan Kenyataan IF.

"Sejak penubuhannya, aktiviti perniagaan Ezaki Glico telah mematuhi falsafah korporat 'Meningkatkan Kesihatan Awam melalui Makanan'. Inilah sebabnya mengapa Ezaki Glico telah melancarkan GLICODE (TM) ini. GLICODE (TM) membolehkan kanak-kanak untuk belajar mengenai pengaturcaraan dengan mudah dan di dalam cara yang menyeronokkan dengan menggunakan snek manisan 'Pocky' kami," kata Hirohisa Tamai, Penolong Pengurus Jenama Global, Bahagian Pengiklanan, Pasukan Kreatif, Ezaki Glico.

Selama lebih 95 tahun, Ezaki Glico sentiasa percaya bahawa makan dan bermain adalah dua bahagian paling penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan sihat kanak-kanak. Itulah sebabnya pada tahun 1922 pengasas syarikat itu, Encik Ri-ichi Ezaki, melancarkan gula-gula Glico yang pertama sejenis karamel berbentuk hati dengan sebuah mainan. Karamel Glico yang ikonik dan alat mainannya disukai oleh kebanyakan rakyat Jepun dan melambangkan keyakinan ini.

Ketika budaya dan teknologi berubah, Ezaki Glico mempunyai peluang untuk mentakrifkan semula apa yang menyeronokkan dan bagaimana Ezaki Glico sebagai sebuah syarikat boleh memberi sumbangan yang lebih baik kepada pertumbuhan dan pembangunan kanak-kanak. Ezaki Glico berharap GLICODE (TM) boleh bertindak sebagai alat mainan karamel Glico (Omo-cha) bagi generasi akan datang, sebuah alat yang bukan sahaja memberi pendidikan tetapi juga menyeronokkan dan memberi manfaat kepada komuniti kanak-kanak yang lebih besar, bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh pelusuk dunia.
 
Rujukan: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201707274144/
 
SUMBER: Ezaki Glico Co., Ltd.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.