ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  "KEDAI ISETAN" YANG BERCIRIKAN POKEMON AKAN DATANG KE "BANDAR RAYA SHINJUKU"

Thursday 10/08/2017



AsiaNet 69603

TOKYO, 10 Ogos, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


- Projek Kerjasama "POKEMON x ISETAN" -
 
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. mengumumkan pada 10 Ogos bahawa ia akan mengendalikan sebuah "Kedai Isetan" maya dengan kerjasama Pokemon di Kedai Utama Shinjuku Isetan dari 16 Ogos hingga 21 Ogos.

Pengembaraan Pokemon bermula 21 tahun yang lalu di Jepun dengan permainan video mereka yang pertama, "Red" dan "Green," yang dikeluarkan pada Game Boy pada tahun 1996. Kanak-kanak yang bermain dengan Pokemon yang pertama sekarang sudah menjadi orang dewasa. Generasi baharu peminat sedang muncul dan Pokemon sentiasa berkembang ke peringkat baharu. Kedai Utama Shinjuku Isetan di Tokyo menjalin kerjasama dengan Pokemon untuk kali pertamanya dengan menggabungkan Isetan ke dalam dunia Pokemon.

"Bandar Raya Shinjuku" adalah sebuah bandar cerekaan, yang juga dikenali sebagai "Persimpangan bagi Trend dan Gaya." Ini adalah sebuah bandar di mana pelbagai jenis produk terkini, seperti fesyen dan barang makanan, berkumpul. Terletak di tengah-tengah "Bandar Raya Shinjuku" ialah "Kedai Isetan," di mana jurulatih-jurulatih Pokemon yang mencari keseronokan dapat menikmati membeli-belah untuk edisi terhad barang dagangan Pokemon dan melawat ruang istirahat rahsia yang menawarkan tawaran istimewa yang bertemakan Pokemon. Begitu banyak keseronokan menanti anda di "Kedai Isetan" di "Bandar Raya Shinjuku."

Siaran media asal (Bahasa Inggeris):
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102762/201708084494/_prw_PR1fl_WAw1IbOd.pdf
 
1. Butiran mengenai POKEMON x ISETAN
- Tempoh: Rabu, 16 Ogos hingga Isnin, 21 Ogos
          (Tutup pada pukul 6 petang pada hari terakhir)
- Tempat: Tingkat 7, Bangunan Utama, Kedai Utama Shinjuku Isetan
 
2. Ciri-ciri khas bagi acara itu
"Pasukan ISE-DAN", "Pasukan ISE-DAN Lounge"
Pasukan ISE-DAN adalah sindiket jahat yang bergerak ke seluruh pelusuk dunia mencari barangan yang berkualiti paling tinggi. Di ruang istirahat rahsia mereka di Kedai Isetan, pelanggan boleh menikmati makanan kegemaran ahli pasukan ISE-DAN yang mereka temui di dalam pengembaraan mereka di seluruh dunia.
 
Di ruang istirahat itu, Pasukan ISE-DAN menyajikan makanan dan minuman kegemaran mereka daripada pengembaraan mereka di seluruh pelusuk dunia. Anda boleh berseronok-seronok mengambil gambar anda sendiri sebagai Bos bagi Pasukan ISE-DAN di Tempat Foto.

Dagangan Tulen:
Bagi jurulatih Pokemon yang bukan sahaja kuat tetapi juga bergaya!
(Imej: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201708084494/?images)
 
Pautan yang berkaitan: www.isetanguide.com/pokemon/
Pautan yang berkaitan:
http://isetan.mistore.jp/store/shinjuku/foreign_customer/index.html
 
SUMBER: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.