ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  ​SYARIKAT PERMULAAN BLOCKCHAIN ANTI-CETAK ROMPAK LANCAR PENJUALAN TOKEN

Tuesday 15/08/2017

AsiaNet 69641

SYDNEY, Australia, 15 Ogos, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

Pada 09:00 UTC atau waktu universal selaras pada Isnin, 14 Ogos, Veredictum sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di Sydney melancarkan jualan token bagi platform anti-cetak rompak dan pengedaran tak sepusat yang berinovatif bagi industri filem dan video.

Jualan token Ventana itu bertujuan untuk mencapai penerimaan yang meluas di dalam industri filem dan video dengan menggunakan teknologi berasaskan blockchain iaitu sebuah  lejar digital yang memudahkan urus niaga dalam talian untuk mendaftarkan hak pemilikan video dan filem, dan untuk menambah cap jari yang boleh dikesan kepada kandungan agar pemilikan digital dapat dijejaki.

Ia akan juga membawa penerbit kandungan lebih dekat kepada pengguna dan memberikan akses yang lebih baik kepada kandungan yang berkualiti pada titik harga yang kompetitif dan saksama. Veredictum percaya ia akan mengurangkan cetak rompak filem dan video sebanyak 80% dalam tempoh 10 tahun.

Pengasas Veredictum, Tim Lea, berkata platform Veredictum itu memusatkan untuk mensasarkan pengendali cetak rompak dan kecurian secara holistik dan bukan hanya pada simptomnya.

"Cetak rompak bukan hanya masalah bagi seseorang, ia melibatkan semua orang," kata Lea. "Matlamat kami adalah untuk merangsangkan masyarakat kreatif untuk menyelesaikan masalah terbesar yang dihadapi oleh kelangsungan hidup industri itu."

Pangkalan pengguna Veredictum itu, menggunakan lebihan lebar jalur mereka dan kuasa pengkomputeran mereka untuk membentuk satu rangkaian mesin yang berkuasa di seluruh dunia yang melakukan pencarian global untuk kandungan berdaftar. Disebabkan oleh satu model insentif, pengguna akan diberikan ganjaran kerana menyediakan infrastruktur itu.

"Walaupun terdapat satu insentif semulajadi bagi pakar-pakar kreatif untuk mahu menyelesaikan masalah itu, dari satu sudut pandangan pragmatik, kami juga perlu memberikan motivasi dari segi ekonomi kepada masyarakat untuk bekerjasama dengan kami. Pembayaran ini dibuat dengan menggunakan mata wang kripto kami, Ventana. Pengguna boleh memperoleh Ventana ketika mereka sedang tidur," kata Lea.

Ahli-ahli masyarakat global Veredictum berfungsi sama dengan pelombong bitcoin. Lebih banyak kandungan berdaftar yang mereka dapat kesan dan lebih banyak lebar jalur yang mereka sediakan untuk menyokong, lebih banyak Ventana yang mereka perolehi. Selepas Jualan Token itu selesai, Ventana dijangka akan ditukarkan kepada Bitcoin dalam tempoh beberapa minggu.

Objektif utama Veredictum adalah untuk menyediakan infrastruktur bagi memudahkan akses kepada kandungan. Model itu menghubungkan penerbit secara langsung dengan pihak berpengaruh dan suku kaum mereka, sekali gus mewujudkan satu tempat pasaran di mana pengguna secara kolektif membuat tawaran untuk kandungan yang mereka ingin lihat, dengan infrastruktur Veredictum mengedarkan dan membuat peneraan air kandungan itu.

Dilancarkan hari ini, penjualan token itu mempunyai satu sasaran kutipan utama sebanyak US$7.5 juta dan satu sasaran regangan jumlah maksimum US$20 juta. 

Perniagaan Veredictum dan model-model ekonomi kripto yang memperincikan platform dan jualan token itu boleh dimuat turun dari https://tokensale.veredictum.io/ 
 
Dikeluarkan bagi pihak Veredictum.io
 
SUMBER: Veredictum.io

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.