ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ISU DAKWAAN PISANG GORENG YANG DICAMPUR DENGAN KAPUR SILING

Wednesday 16/08/2017



KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan artikel bertajuk “Rezeki terjejas kerana tular palsu” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Ogos 2017 berhubung dakwaan pisang goreng yang dijual berdekatan dengan Hospital Columbia Bandar Puteri di Puchong, Selangor dicampur dengan kapur siling bagi merangupkan makanan tersebut. 
 
Berhubung perkara ini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan ke atas premis yang menjual pisang goreng tersebut.  Pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut oleh kerana beroperasi tanpa lesen. Hasil siasatan seterusnya menunjukkan tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati bahawa pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan. Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran. 
 
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.
 
 
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.