ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SHANGHAI MEMANGGIL! SHAKE SHACK SEDANG MENUJU KE SHANGHAI

Tuesday 22/08/2017



Burger, Hot Dog dan Kastard Beku Yang Digemari New York Bakal ke Tanah Besar China

NEW YORK, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Datanglah, Shanghai! Pelan pengembangan Shake Shack di Asia sedang mencapai momentum. Selepas mengumumkan pada Julai bahawa lokasi Hong Kong yang pertama akan dibuka pada tahun 2018, rancangan kini sedang dijalankan untuk Shake Shack Inc. ("Shake Shack" atau "Syarikat" itu) (NYSE: SHAK) dan pemegang lesennya, Maxim's Caterers Limited, untuk membuka restoran pertama di tanah besar China menjelang tahun 2019.
 
Maxim's Caterers Limited mempunyai lebih 60 tahun pengalaman di dalam makanan dan peruncitan sebagai sebuah pengendali pelbagai bagi restoran, kedai roti, dan kedai kopi yang memberikan perkhidmatan lengkap dan perkhidmatan pantas di Asia. Sebagai pengendali yang sangat terbukti dan dihormati, Maxim’s sangat sesuai untuk membawa Shake Shack ke Shanghai dan Shake Shack amat berbangga menjadi rakan kongsi dengan Maxim's Caterers Limited untuk membuka sejumlah 25 Shacks di Shanghai dan China Timur sehingga tahun 2028.
 
Shake Shack adalah sebuah gerai burger "tepi jalan" di zaman moden yang sangat terkenal yang dikenali oleh kerana burger daging lembu Angus 100% semulajadi dan hot dog daging lembu Vienna (tiada pemberian hormon tambahan dan tiada antibiotik), ayam 100% bebas sangkar semulajadi (tiada pemberian antibiotik), kastard beku segar, kentang jejari yang dipotong beralun dan banyak lagi. Warisan restoran mewah Shake Shack dan komitmen untuk bahan-bahan premium, dan ditambah dengan persekitarannya yang menyeronokkan dan meriah, telah membolehkannya memperoleh pengikut setia bagi jenama itu di seluruh pelusuk dunia.
 
"Terdapat peluang yang luar biasa di China dan saya tidak dapat memikirkan tempat yang lebih baik untuk memulakan bab pengembangan ini selain daripada Shanghai, sebuah bandar raya yang memahami jenama hebat, menghargai bahan-bahan premium, dan akhirnya menyukai makanan," kata Randy Garutti, Ketua Pegawai Eksekutif Shake Shack. "Jalan-jalan di bandar raya itu melimpah dengan perisa dan tenaga yang bersemangat pada setiap hari dan kami tidak sabar untuk menyertai komuniti makanan Shanghai yang berkembang maju itu."
 
"Saya pertama kali diperkenalkan kepada Pengerusi dan Pengarah Urusan Michael Wu dan Maxim’s pada tahun 2014, dan ketika hubungan kami berkembang saya menjadi lebih yakin bahawa mereka adalah rakan kongsi yang ideal untuk membawa pengembangan kami ke Shanghai, sebuah pasaran yang penting untuk pertumbuhan jenama global kami," kata Michael Kark, Naib Presiden bagi Pelesenan Global Shake Shack. "Saya sangat berbangga untuk mengambil langkah pertama ini dalam perjalanan kami bagi membawa Shake Shack dari Bandar Raya New York ke Shanghai."
 
Menu itu akan menampilkan item terkenal Shake Shack termasuk ShackBurger®, Shack-cago Dog®, kentang jejari klasik yang dipotong beralun dan aiskrim kastard beku. Selaras dengan misi mereka bagi Menyatakan Untuk Sesuatu yang Baik®, Shake Shack berhasrat untuk bekerjasama dengan pembekal dan pengeluar tempatan bagi mewujudkan Shack lain daripada yang lain bagi komuniti Shanghai.
 
"Kami sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Shake Shack dan memperkenalkan jenama itu ke Shanghai dan China Timur, berikutan pengumuman untuk membawa jenama itu ke Hong Kong," kata Michael Wu, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Maxim's Caterers Limited. "Nilai bersama kami untuk menyediakan suatu pengalaman makanan yang berkualiti dan meriah menerusi sebuah pasukan yang dinamik menjanakan semangat kami untuk berkhidmat kepada masyarakat Shanghai yang menghargai makanan dan gaya yang hebat."
 
Shake Shack adalah sebuah institusi di Bandar Raya New York dan jenama global. Dalam sejarahnya selama 13 tahun, Shake Shack telah diiktiraf dengan pelbagai penghargaan, termasuk Bon Appétit "20 Restoran Yang Paling Penting di Amerika" ​​(kedudukan ke-16), "17 Burger Yang Paling Berpengaruh pada Sepanjang Masa" oleh Majalah TIME (kedudukan ke-7 bagi ShackBurger) dan memenangi "Burger Terbaik" pada tahun 2007 dan 2014.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.shakeshack.com | www.facebook.com/shakeshack
 
Maklumat mengenai Shake Shack
 
Shake Shack adalah sebuah gerai burger "tepi jalan" di dalam zaman moden yang dikenali kerana burger daging lembu Angus 100% semulajadi dan hot dog daging lembu Vienna (tiada pemberian hormon tambahan dan tiada antibiotik), ayam 100% bebas sangkar semulajadi (tiada pemberian antibiotik), kastard beku segar, kentang jejari yang dipotong beralun dan banyak lagi. Dengan makanan yang segar, ringkas dan berkualiti tinggi pada nilai yang hebat, Shake Shack adalah tempat berkumpul masyarakat yang menyeronokkan dan meriah dengan daya tarikan yang meluas. Misi Shake Shack adalah bagi Menyatakan Untuk Sesuatu yang Baik, dari bahan-bahan premiumnya dan amalan pengambilan pekerja secara penyayang kepada reka bentuk yang penuh inspirasi dan pelaburan masyarakat yang mendalam. Sejak Shack asal dibuka pada tahun 2004 di Madison Square Park di Bandar Raya New York, syarikat itu telah berkembang kepada lebih 80 buah lokasi di 18 buah negeri di Amerika Syarikat dan Daerah Columbia, dan lebih dari 50 lokasi antarabangsa termasuk London, Istanbul, Dubai, Tokyo, Moscow, Seoul dan banyak lagi.
 
Maklumat mengenai Maxim's Caterers Limited
 
Ditubuhkan pada tahun 1956, Maxim's Caterers Limited (sebuah syarikat yang diperbadankan di Hong Kong) adalah sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka yang terdiri daripada restoran Cina, Asia dan Eropah, restoran perkhidmatan cepat, kedai roti, kedai kopi, restoran rantaian Jepun dan katering institusi, sambil menyediakan pelbagai produk perayaan, termasuk Kek Bulan MX Hong Kong yang telah memenangi anugerah. Ia adalah pemegang lesen bagi jenama terkenal termasuk Starbucks Coffee, Genki Sushi dan Ippudo Ramen, dan The Cheesecake Factory di pelbagai wilayah. Secara keseluruhannya, ia mempunyai lebih 980 buah cawangan di Hong Kong, Macau, Tanah Besar China, Vietnam, Kemboja dan Thailand. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxim’s, sila layari www.maxims.com.hk/en.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
 
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian. Semua kenyataan selain kenyataan yang berbentuk sejarah yang dimasukkan di dalam siaran akhbar ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembukaan Shack yang dijangkakan, adalah berbentuk kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan membincangkan jangkaan dan ramalan semasa kami berkaitan dengan kedudukan kewangan kami, hasil operasi, rancangan, objektif, prestasi dan perniagaan masa hadapan. Anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dengan fakta bahawa mereka tidak berkaitan secara khusus dengan fakta-fakta berbentuk sejarah atau semasa. Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor penting lain yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material. Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan secara jelas dinyatakan sepenuhnya oleh kenyataan peringatan ini. Anda harus menilai kesemua kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat di dalam siaran akhbar ini dalam konteks risiko dan ketidakpastian yang diungkapkan dari semasa ke semasa dalam fail Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan tahunan mereka yang paling terkini pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan berikutnya pada Borang 10-Qs, yang boleh diperolehi secara dalam talian di www.sec.govhttps://www.shakeshack.com/  atau memohon daripada Shake Shack Inc.
 
Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang termasuk di dalam siaran akhbar ini hanya dibuat pada tarikh di sini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.
 
Sumber: Shake Shack Inc.
 
Hubungi
Pelabur:
ICR
Melissa Calandruccio, (844) SHACK-04 (844-742-2504)
investor@shakeshack.com
atau
Michelle Michalski, (844) SHACK-04 (844-742-2504)
investor@shakeshack.com
atau
Media:
Shake Shack
Jacqueline Gonzales, 646-747-8776
jgonzales@shakeshack.com
atau
Kristyn Clark, 646-747- 8776
kclark@shakeshack.com

Sumber: Shake Shack Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170818005297/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.