ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  POLYPLASTICS MELAPORKAN PERTUMBUHAN MANTAP BAGI DURACON (R) POM UNTUK PASARAN GEAR/BEARING

Tuesday 05/09/2017

AsiaNet 69900

TOKYO, 5 Sept., 2017 /Kyodo JBN/ --

Polyplastics Co., Ltd. melaporkan permintaan dunia yang kukuh bagi gred gelangsar mereka yang tinggi di dalam resin polioksimetilena (POM) DURACON (R) yang didasarkan kepada teknologi pengurangan bunyi yang tercanggih oleh syarikat itu. Bahan-bahan ini direka khas untuk gear plastik dan bearing bagi peranti audiovisual, sistem automasi pejabat, peralatan rumah, dan komponen automotif.

Foto: http://prw.kyodonews.jp/img/201709045272-O2-516mUV2a
Logo: http://prw.kyodonews.jp/img/201709045272-O1-Q2C5A5HO
 
DURACON POM menguasai kira-kira 60% daripada pasaran resin POM Jepun, dan kira-kira 30% daripada pasaran global, kata Polyplastics. Gred pengurangan bunyi mencakupi kira-kira 6% daripada volum jumlah jualan bagi DURACON POM.

Di antara resin yang dihablurkan, POM digunakan di dalam kebanyakan aplikasi gear dan bukannya resin seperti PA dan PBT oleh kerana kekuatan dan kekerasannya yang lebih tinggi di dalam julat suhu 60C hingga 80C (140F hingga 176F), yang lazimnya untuk automasi pejabat dan aplikasi automotif.

Barisan Polyplastics bagi gred gelangsar yang tinggi termasuk DURACON (R) POM NW-02, sebuah bahan pelbagai guna dengan kelebihan bagi gred jenis aloi PE dan jenis bukan aloi. Ia adalah jualan paling tinggi di kalangan gred gelangsar tinggi yang sesuai untuk pelbagai keadaan dan aplikasi, dan digunakan dalam kebanyakan industri termasuk automasi pejabat dan komponen automotif.

DURACON (R) POM SW-01 adalah sejenis aloi bergred yang sesuai untuk keadaan gelangsar tekanan tinggi. Ia telah mencapai kejayaan di dalam industri automotif untuk komponen seperti itu sebagai bearing dan sesondol di mana keperluannya tidak dapat dipenuhi oleh gred pengurangan bunyi konvensional. DURACON (R) POM LW-02 adalah sejenis bukan aloi bergred yang baru-baru ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan yang lebih ketat bagi komponen automasi pejabat dan pengeluar peralatan di dalam bidang haus dan lusuh, lesu, dan bunyi bising.

Maklumat mengenai Polyplastics

Polyplastics adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran bagi penyelesaian termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu yang luas termasuk POM, polybutylene terephthalate (PBT), polifenilena sulfida (PPS), dan polimer kristal cecair (LCP). Syarikat itu mempunyai penguasaan pasaran global yang terbesar bagi POM. Dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh sebuah rangkaian penyelidikan & pembangunan, pengeluaran, dan sumber jualan global yang kukuh yang mampu mewujudkan penyelesaian termaju untuk sebuah pasaran global yang sentiasa berkembang.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.polyplastics.com/en/docs/lp/201709_01/index.vm
 
DURACON (R) adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan
negara lain.
 
Sumber: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.