ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  XIANGYANG -- SEBUAH BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH YANG PENUH DENGAN PELUANG PELABURAN

Tuesday 19/09/2017



AsiaNet 70152
 
XIANGYANG, China, 19 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ketika syarikat-syarikat auto tenaga baharu bertumpu ke bandar raya Xiangyang di China Tengah, bandar raya China bagi kenderaan-kenderaan tenaga baharu sedang terbentuk. Ketika kereta api yang mengangkut muatan berat dan kereta api laju menghubungkan Xiangyang dengan lebih banyak destinasi merentasi seluruh China, ia kini muncul sebagai sebuah hab trafik yang penting di rantau itu. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa sejumlah 786 projek dimasukkan ke dalam senarai pengurusan projek utama bagi bandar raya itu sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, dengan pelaburan lengkap terkumpul kepada hampir 400 bilion yuan.
 
Dengan promosi pelaburan yang mantap dan projek-projek infrastruktur dan industri yang utama, Xiangyang di Wilayah Hubei kini menarik perhatian dunia luar.
 
Berhadapan dengan ekonomi yang lembap dan penunjuk pertumbuhan yang lemah, kerajaan tempatan itu telah memberi perhatian khusus kepada penggalakan pelaburan sepanjang lima tahun yang lepas, kerana ia menyifatkan aliran masuk modal masih merupakan cara yang paling langsung dan berkesan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.
 
Walau bagaimanapun, cara tradisional untuk menarik pelaburan melalui dasar-dasar yang menggalakkan tidak akan berkesan di dalam keadaan semasa. "Apabila semua dasar itu gagal berfungsi, peluang terbaik bagi kami adalah untuk mengadakan sesuatu yang berlainan," kata Qin Jun, Datuk Bandar bagi bandar raya itu.
 
Sejak itu inovasi telah menjadi kunci untuk mendapatkan kelebihan. Kerajaan bandar raya itu telah menghantar hampir kesemua pegawai mereka untuk mencari pelaburan di seluruh pelusuk China. Sebaik sahaja selepas percutian Festival Musim Bunga 2016, Qin sendiri telah melawat wilayah Henan dan Shandong di China tengah dan timur untuk mempromosikan projek-projek utama yang meliputi industri auto tenaga baharu.
 
Dari timur ke barat, utara ke selatan, pegawai-pegawai kerajaan dari Xiangyang mengadakan pelbagai pameran pelaburan untuk mempromosikan bandar raya mereka.
 
Semasa satu pameran sedemikian di Shanghai, 30 projek telah ditandatangani di tapak dengan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak 21.4 bilion yuan. Dalam satu lagi forum kerjasama ekonomi dan perdagangan di Shenzhen, 20 projek dengan pelaburan sebanyak 6 bilion yuan dimeterai.
 
Kerajaan juga menetapkan Ogos sebagai bulan promosi pelaburan bagi bandar raya itu. Pada Ogos lepas, pasukan promosi pelaburan Xiangyang telah melawat lebih 300 syarikat, menandatangani 165 perjanjian dengan jumlah pelaburan kontraktual melebihi 40 bilion yuan, 70 peratus daripadanya berkaitan industri.
 
Sepanjang lima tahun yang lalu, perusahaan besar seperti Infiniti, Bridgestone, Siemens dan Oracle telah bertapak di Xiangyang, sekali gus memberikan momentum yang kuat bagi pertumbuhan bandar raya itu.
 
Pada November, Dynavolt Renewable Energy Technology Co. yang berpangkalan di Guangdong, sebuah syarikat bateri China yang terkenal, telah mengambil keputusan untuk melabur 8.8 bilion yuan di dalam sebuah pangkalan tenaga baharu di Xiangyang.
 
Sebagai satu daripada kumpulan pertama bagi bandar raya promosi dan penggunaan auto tenaga baharu di China, Xiangyang mempunyai lebih 30 perusahaan dan institusi penyelidikan dan pembangunan yang mengkhususkan diri di dalam bidang berkenaan, yang memiliki lebih 200 paten dan teknologi praktikal. Dengan satu siri dasar-dasar sokongan daripada kerajaan pusat sedang direalisasikan, industri auto tenaga baharu di bandar raya itu sedang memasuki masa yang paling baik.
 
Kerajaan Xiangyang telah berikrar untuk meningkatkan nilai pengeluaran bagi industri auto tenaga baharu mereka kepada 100 bilion yuan menjelang akhir tahun 2020. Untuk mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi itu, sekumpulan syarikat-syarikat teras, firma-firma huluan dan hiliran, dan syarikat-syarikat sepadan sejak itu telah diperkenalkan kepada bandar raya itu hasil daripada usaha gigih kerajaan tempatan berkenaan.
 
Perusahaan milik negara (BUMN) juga telah menjadi tumpuan kerja untuk kerajaan tempatan itu. Semasa persidangan perkongsian yang berlangsung selama dua hari pada Mei lalu, 16 projek dengan lebih 60 bilion yuan nilai kontrak telah ditandatangani di antara bandar raya itu dan BUMN.
 
Pada November, satu majlis besar-besaran telah diadakan di zon berteknologi tinggi di bandar raya itu untuk meraikan penandatanganan, permulaan dan pembukaan 36 projek utama, pembinaan dan kilang-kilang. Jumlah nilai pelaburan melebihi 13.7 bilion yuan.
 
Apabila kesemua projek itu beroperasi kelak, nilai output tahunan boleh mencapai 25.4 bilion yuan. Bidang-bidang yang terlibat termasuk automobil, industri strategik baru muncul, pembuatan mewah, industri perkhidmatan moden dan pengkomputeran awan.
 
Dalam pada itu, pegawai-pegawai kerajaan telah diarah untuk memantau dengan teliti projek-projek yang berada di bawah tanggungjawab mereka, dengan memastikan kedua-dua pelaburan dan kilang-kilang akan bertapak di bandar raya itu mengikut kontrak.
 
Satu rangkaian industri yang lengkap yang melibatkan pembuatan kereta dan alat ganti kereta, bahan-bahan termaju, pemuliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar, dan pembuatan peralatan telah diperkuatkan di Xiangyang, yang seterusnya menarik lebih banyak syarikat untuk melabur dan berkembang di bandar raya itu.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Xiangyang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=296761
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.