PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Oktober 23, 2017 -Isnin

 
  ​GPCI 2017: TOKYO, SINGAPURA, SEOUL, HONG KONG, SYDNEY KESEMUANYA MENDUDUKI TEMPAT 10 TERATAS DI PERINGKAT GLOBAL

Thursday 12/10/2017



Beijing dan Shanghai mencapai penarafan ekonomi yang kukuh
 
TOKYO, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lima bandar raya utama di rantau Asia Pasifik —Tokyo, Singapura, Seoul, Hong Kong dan Sydney — menduduki tempat 10 teratas di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global 2017 (GPCI) yang diterbitkan hari ini oleh Institut bagi Strategi Bandar di Yayasan Memorial Mori, sebuah institut penyelidikan yang ditubuhkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar terkemuka di Tokyo. Kali pertama diterbitkan pada tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu menilai dan menempatkan 44 bandar raya utama mengikut "daya tarikan" mereka, atau kuasa keseluruhan mereka untuk menarik individu dan perusahaan yang kreatif dari seluruh dunia. Bandar raya dinilai berdasarkan enam kategori: Ekonomi, Penyelidikan & Pembangunan, Interaksi Kebudayaan, Sesuai Didiami, Alam Sekitar, dan Kebolehcapaian.
 
Tokyo, yang mengatasi Paris dan menduduki tempat ke-3 buat pertama kalinya pada tahun lalu, meningkatkan markah mereka di dalam bidang "Interaksi Kebudayaan" dan "Kebolehcapaian", untuk merapatkan jurang dengan bandar raya yang menduduki tempat kedua New York. Singapura dinilai sebagai sebuah bandar raya dengan mempunyai antara keseimbangan kualiti yag terbaik secara keseluruhan di Asia, dan disenaraikan dalam 10 teratas dalam semua kategori kecuali "Sesuai Didiami". Yang terutamanya, bandar raya itu menduduki tempat ke-3 di dalam bidang "Alam Sekitar" disebabkan terutamanya kerana memiliki alam yang luas dan kualiti udara yang unggul. Seoul menduduki tempat ke-6 secara keseluruhan untuk tahun keenam berturut-turut, dengan prestasi yang kukuh di dalam bidang "Penyelidikan & Pembangunan" kerana jumlah paten yang banyak yang difailkan di sana dan kumpulan penyelidiknya yang besar. Walaupun Hong Kong merosot dari tangga ke-7 kepada ke-9 di dalam kedudukan keseluruhan, bandar raya itu terus mencatatkan markah tinggi di dalam kategori "Kebolehcapaian", dan Sydney mencapai kedudukan keseluruhan 10 teratas untuk pertama kalinya dalam tempoh tujuh tahun dengan peningkatan yang tinggi di dalam penilaian "Sesuai Didiami" mereka.
 
Dua bandar raya utama di China, Beijing dan Shanghai, terus mempamerkan prestasi mantap di dalam kriteria "Ekonomi", dengan masing-masing mencatatkan kedudukan ketiga dan ke-5 hasil daripada saiz penduduk dan paras KDNK mereka, dan dari segi jumlah 500 syarikat utama di dunia yang menjalankan operasi di sana. Shanghai juga menduduki tempat ke-3 di dalam kategori "Kebolehcapaian", disebabkan oleh jumlah tinggi penumpang yang tiba atau berlepas pada penerbangan domestik dan antarabangsa yang melalui bandar raya itu. Bandar raya Asia lain yang berada dalam kedudukan itu termasuk Osaka (berkedudukan #26), Kuala Lumpur (#31), Bangkok (#33), Taipei (#36), Fukuoka (#37), Jakarta (#41) dan Mumbai (#42).
 
"Singapura adalah sebuah model untuk bandar raya lain di Asia yang sedang berkembang," kata Hiroo Ichikawa, Pengarah Eksekutif di Yayasan Memorial Mori. "Menggambarkan pertumbuhan ekonomi mereka baru-baru ini, kebanyakan bandar raya di Asia menunjukkan prestasi yang mantap di dalam kategori Ekonomi dan Kebolehcapaian, tetapi mereka perlu meningkatkan daya tarikan 'lembut' mereka untuk menjadi bandar raya yang benar-benar magnetik," kata beliau.
 
Shingo Tsuji, Pengarah Yayasan Memorial Mori dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mori Building berkata, "Syarikat-syarikat global hari ini mencari bandar raya yang bukan hanya mempunyai persekitaran perniagaan yang kukuh, tetapi mereka juga menawarkan gaya hidup yang lebih baik: kediaman yang bermutu tinggi, kebudayaan yang pelbagai dan kemudahan beli-belah, sebuah rangkaian pengangkutan yang bebas daripada tekanan dan sebuah persekitaran semulajadi yang kaya. Bagi bandar raya dunia untuk berkembang maju, mereka perlu memaksimumkan kekuatan dan pada masa yang sama mengatasi kelemahan mereka; ini akan membantu mereka untuk meningkatkan kekuatan magnetik mereka secara keseluruhan dan menarik bakat dan pelaburan dari seluruh pelusuk dunia."
 
Untuk butiran lanjut, sila lihat  http://www.mori-m-foundation.or.jp/english/ius2/gpci2/index.shtml
 
Institut bagi Strategi Bandar di Yayasan Memorial Mori telah menerbitkan laporan GPCI mereka sejak tahun 2007 untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan bandar raya utama di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit. Untuk maklumat lanjut, sila lihat www.mori-m-foundation.or.jp/english/aboutus2/index.shtml#about_strategies
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51690376&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media
Weber Shandwick
Rutsuko Nakajima, +81(0)90-9006-5841
Masashi Nonaka, +81(0)80-1037-7879
moribldg@webershandwick.com
 
Sumber: Yayasan Memorial Mori
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171011005001/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.