PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Oktober 23, 2017 -Isnin

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MEMULAKAN PENGHANTARAN SAMPEL BAGI ARUS MALAR - PEMACU STEPPING MOTOR 2 FASA UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Thursday 12/10/2017



TOKYO, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah melancarkan "TB9120FTG", sebuah pemacu stepping motor 2 fasa arus malar untuk aplikasi automotif. IC baharu itu menghasilkan sebuah gelombang sinus di dalam arus elektrik dengan menggunakan hanya sebuah antara muka input jam yang mudah, tanpa memerlukan sebuah MCU berfungsi termaju atau perisian khusus. Penghantaran sampel bermula pada November, dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada Julai 2019.

TB9120FTG menggabungkan DMOS FET dengan rintangan rendah (atas+bawah = 0.7Ω (jenis)), yang mencapai arus maksimum 1.5A. Kedua-dua DMOS FET dan alat pengawal yang menjanakan gelombang sinus mikro-stepping (menyokong sehingga 1/32 langkah) ditempatkan di dalam sebuah pakej kecil jenis QFN (6.0 mm x 6.0 mm). IC baharu itu menyampaikan julat suhu operasi antara -40 hingga 125 ℃, dan ia akan memenuhi syarat terhadap AEC-Q100, sebuah standard yang diperakui bagi komponen elektronik untuk aplikasi automotif. Ia sesuai untuk pelbagai kegunaan umum, termasuk menyesuaikan unjuran bagi paparan songsang dan pelbagai alat pengawal injap.

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
  • Antara muka input jam mudah
- MCU berfungsi termaju atau perisian tidak diperlukan untuk pengeluaran gelombang sinus.
  • Pemacu langkah mikro, menyokong sehingga 1/32 langkah.
- Kurang bunyi motor
- Kawalan yang lebih lancar dan lebih tepat
  • Litar pengesanan pegun[1]
- Sebuah isyarat pengesanan adalah output daripada sebuah pin khusus selepas mengesan pegun.
  •  Kawalan PWM arus malar
- Mod susutan bercampur memastikan aliran arus yang stabil melalui motor itu.
  • Pengesanan ralat terbina dalam dengan fungsi output isyarat amaran
- Penutupan terma, pengesanan lebihan arus, dan pengesanan beban terbuka

Aplikasi Utama
  • Pelarasan cermin untuk kedudukan unjuran bagi paparan songsang
  • Kawalan bagi pelbagai injap
 

Table


Nota:
[1] Motor pegun: Apabila putaran motor menyimpang daripada isyarat kawalan, pegun akan berlaku dan motor berhenti berputar.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9120FTG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
 
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51698133&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171012005558/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.