PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Oktober 23, 2017 -Isnin

 
  KENYATAAN AKHBAR YB TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD PENGERUSI FELDA : PENJELASAN PENJUALAN GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS

Thursday 12/10/2017



KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Menerusi sidang media yang diadakan pada 10 Oktober 2017 dan 11 Oktober 2017, YB Rafizi Ramli telah melemparkan beberapa tuduhan terhadap FELDA.

Penjelasaan kepada dakwaan YB Rafizi pada 10 Oktober 2017

Dakwaan pertama YB Rafizi bahawa FELDA membiayai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London melalui pinjaman KWSP adalah sama sekali tidak benar, malahan rujukan yang digunakan oleh beliau juga adalah tidak tepat.

Pada Disember 2009, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman berjaminan kerajaan kepada FELDA sebanyak RM6.5 bilion. Tujuan utama pinjaman ini adalah untuk membiayai keperluan program tanam semula peneroka FELDA dan keperluan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) bagi melaksanakan aktiviti pelaburan. Pada masa itu, FGV merupakan sebuah syarikat subsidiari milik penuh FELDA.

Keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada KWSP dibuat setelah FELDA meneliti rasional keperluan pembiayaan pada masa itu. FELDA membayar semula prinsipal dan keuntungan pinjaman KWSP ini mengikut jadual yang ditetapkan oleh KWSP. Pinjaman ini dijadualkan selesai pada tahun 2023.
 
Grand Plaza Serviced Apartments dibeli melalui hasil penyenaraian FGV pada tahun 2012. Perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak media pada 12 Februari 2017 dan mendapat liputan akhbar-akhbar utama.

Oleh itu dakwaan kedua YB Rafizi bahawa FELDA akan kerugian RM38 juta akibat jualan Grand Plaza Serviced Apartments juga tidak tepat kerana pembelian ini menggunakan dana dalaman FELDA (FELDA internal funds) dan tidak menanggung sebarang kos bayaran faedah.

YB Rafizi tidak sedar bahawa FELDA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sumber pendapatan dan kewangannya sendiri tanpa mendapat pembiayaan kos operasi dari kerajaan persekutuan sejak tahun 1996. Ini bermakna perjalanan operasi FELDA tidak langsung ditanggung oleh pembayar cukai mahupun peneroka.

Komitmen FELDA sebagai agensi Kerajaan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan peneroka dan aktiviti tanam semula dilaksanakan mengikut perancangan. Bagi memastikan komitmen ini dilaksanakan, FELDA mengambil langkah-langkah penstrukturan kewangan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan FELDA, seperti berikut :

i. Penjimatan kos dan meningkat keupayaan dalaman
ii. Mendapatkan Dana Kerajaan Persekutuan bagi projek-projek infrastruktur di rancangan-rancangan FELDA
iii. Penstrukturan pinjaman sedia ada
iv. Penyusunan semula aset-aset FELDA

Penjualan Grand Plaza Serviced Apartments adalah salah satu daripada inisiatif penyusunan semula aset-aset FELDA di mana FELDA telah memutuskan untuk menjual aset-aset yang tidak berkaitan dengan operasi teras FELDA.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 54 pihak yang menyatakan minat untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartment dan kini proses penjualan dalam peringkat terakhir meneliti tawaran yang baik dan munasabah.
 
Saya yakin bahawa penjualan hotel ini adalah sejajar dengan hala tuju FELDA untuk `baik asal' dan akan memberi impak yang positif kepada kewangan FELDA. Selain itu, ini dapat membantu FELDA untuk fokus kepada pengurusan ladang peneroka bagi memastikan pendapatan peneroka yang tinggi sekaligus memastikan kebajikan dan kesejahteraan peneroka terbela.

Penjelasaan kepada dakwaan YB Rafizi pada 11 Oktober 2017

Dakwaan oleh YB Rafizi mengenai perbelanjaan misteri operasi Grand Plaza Serviced Apartments sebanyak RM8O juta adalah tidak berasas. ini adalah kerana komponen utama administrative expenses FIC Grand Plaza Ltd yang dirujuk oleh YB Rafizi adalah bayaran kadar pajakan tahunan.

Kadar pajakan ini merupakan bayaran sewaan yang perlu dibuat oleh FIC Grand Plaza Ltd yang merupakan syarikat yang menguruskan perniagaan bagi pihak syarikat induk, iaitu, FIC UK Properties Sdn Bhd. Ini jelas dinyatakan di dalam Detailed Income Statement yang merupakan sebahagian daripada penyata kewangan FIC Grand Plaza Ltd seperti di lampiran.

 Table

SUMBER : FELDA 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Unit Komunikasi Korporat
Tel : +603-2191 2191
Faks : +603-2191 2590
Emel : jkk@felda.net.my
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.