ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PERSIDANGAN MEDIA HARI SELASA UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: BUKTI UNTUK MENYOKONG INTERVENSI KANSER PARU-PARU INOVATIF

Thursday 19/10/2017



YOKOHAMA, Jepun, Oct 19 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada persidangan media di Persidangan Dunia Ke-18 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) hari ini mengetengahkan penemuan yang menakjubkan dalam kajian tentang kedua-dua kanser paru-paru sel kecil dan bukan sel kecil. Kajian yang dibentangkan merangkumi bidang penyelidikan yang luas, daripada pengesahan kriteria klasifikasi yang sedia ada untuk memastikan kesahihan bukti untuk menyokong penggunaan intervensi yang khusus.

Spesimen biopsi didapati boleh dipercayai untuk menilai ekspresi DLL3 dalam kanser paru-paru sel kecil
Spesimen biopsi kanser paru-paru sel kecil (SCLC) didapati menjadi bahan yang boleh dipercayai untuk menilai ekspresi DLL3; tahap DLL3 yang tinggi dalam SCLC berhubung kait dengan trend mandiri yang buruk. Hasil ini mungkin membawa kepada penilaian sistem pemarkahan lanjut untuk meramal keberkesanan terapeutik disasar DLL3 dan kepentingan klinikal bagi ekspresi DLL3 dalam karsinoma neuroendokrin pulmonari gred tinggi. Dr. Li-Xu Yan dari Hospital Besar Guangdong dan Akademi Sains Perubatan Guangdong di China membentangkan penemuan beliau dalam persidangan media hari ini. Baca siaran akhbar penuh di sini.

Rawatan berasaskan paras ekspresi BRCA1 tidak meningkatkan kadar mandiri pesakit diresek N+ kanser paru-paru bukan sel kecil tahap II dan III
Dr. Bartomeu Massuti dari Hospital Universiti Alicante di Sepanyol yang mewakili Kumpulan Kerjasama Kanser Paru-Paru Sepanyol (GECP-SCLG) berkongsi kajian baharu yang menunjukkan bahawa merawat pesakit diresek N+ kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) tahap II dan III dengan rawatan kemoterapi tersuai (CT) berdasarkan tahap ekspresi BRCA1 khusus mereka berbanding rawatan standard, tidak meningkatkan kadar mandiri keseluruhan di kalangan pesakit yang menerima rawatan CT individu. Bagaimanapun, tahap ekspresi BRCA1 boleh jadi prognostik dan rawatan boleh mencapai hasil yang berlainan. Dapatkan siaran akhbar penuh di sini.

Penyelidik mengesahkan penyifatan dicadangkan untuk R(un) status R tidak pasti, dengan prognosis antara R0 dan R1
Penemuan kajian terbaharu yang dibentangkan oleh Dr. John Edwards dari Universiti Sheffield di UK, mengesahkan kriteria yang dicadangkan oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) untuk R(un), status margin resek tidak pasti, dalam klasifikasi tumor bersisa (R). Penyelidik membuat kajian ini untuk menganalisis kriteria status R menggunakan data yang dikumpul daripada Projek Pemeringkatan Kanser Paru-Paru IASLC. Siaran akhbar penuh tersedia di sini.

Kajian PACIFIC menunjukkan kualiti hidup dikekalkan pada pesakit kanser paru-paru bukan sel kecil yang dirawat dengan durvalumab selepas kemoradiasi serentak
Penggunaan dadah imunoterapi durvalumab selepas kemoradiasi serentak pada pesakit kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) tidak boleh diresek dan tahap lanjutan, menunjukkan meningkatkan kemandirian bebas kemajuan (PFS) sambil mengekalkan ukuran kualiti hidup, mengikut kajian baharu daripada Dr. Rina Hui dari Universiti Sydney dan Hospital Westmead di Australia. Hasil kajian menunjukkan pesakit yang dirawat dengan durvalumab tidak mengalami simptom, fungsi atau kualiti hidup berkaitan kesihatan yang semakin buruk, sama seperti pesakit yang menerima plasebo. Siaran akhbar penuh boleh didapati di sini.

Strim langsung untuk persidangan media harian tersedia di sini.

Perihal WCLC
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang khusus bagi kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 6,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 buah negara. Matlamatnya adalah untuk menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran, kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru, serta membantu peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Persidangan yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Merawat Kanser Paru-Paru" ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, lawati wclc2017.iaslc.org.

Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru merentasi semua disiplin, lebih dari 100 buah negara, membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk merawat kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology yang merupakan penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan bagi semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut.

Hubungan:
Hillary Wasserman
Sekutu Kanan
HWasserman@GroupGordon.com  
+1 732-778-1896
Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org  
+1 720-254-9509

SUMBER : IASLC

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.